" Hidup Adalah Perjuangan Yang tidak akan pernah Berakhir. Semakin Jauh Kaki Melangkah, semakin banyak Dugaan Menghimpit. Semoga Hati Sentiasa Tabah Menghadapi Dugaan Demi Mengharap Redha ILAHI..."
Mari memeriahkan program Forum Perdana.... Datanglah beramai2.... Cenderamata kepada 300 peserta terawal akan diberikan.... Jadi apa tunggu lagi mari datang beramai2!!!
Maklumat adalah seperti berikut :
JUMAAT 5 MAC 2010 JAM 9.00 MALAM DI DATARAN DINAMIS, KOLEJ PENDETA ZAABA, UKM...
InsyaAllah pada 5 Mac 2010 iaitu hari Jumaat, Biro Dakwah & Kerohanian JPP dengan kerjasama MTeN, Masjid serta Persatuan Pendidik IPG KPI akan mengadakan sambutan Maulidul Rasul peringkat Kampus Pendidikan Islam. Harap semua dapat memberi kerjasama dan komitmen yang sepenuhnya. Majlis ini bermula pada pukul 7.30 pagi dengan perarakan sepanduk dan akan berakhir pada pukul 12.00 tghr.
Di samping itu, sempena bulan kelahiran Nabi Muhammad S.A.W ini, banyakkan la selawat ke atas baginda serta sahabat dan kaum kerabat baginda. Sama-sama la juga kita hayati sirah baginda. Di sini ana ingin berkongsi ilmu tentang sejarah sirah Nabi...Walaupun sedikit, tetapi dapat berkongsi bersama.. ( sabda Nabi : بلغّ عني ولو اية)
Bulan Rabiulawal bermaksud bulan dimana bermulanya musim bunga bagi tanaman. Mengikut kebiasaannya di Tanah Arab, sewaktu bulan Rabiulawal pokok buah-buahan mula berbunga dan seterusnya berbuah.
Maka nama bulan ini diambil sempena musim berbunga tanaman mereka. Dan setelah kedatangan Islam, Rasulullah saw telah mengekalkan nama Rabiulawal ini sehinggalah sekarang.
Peristiwa-Peristiwa Penting Bulan Rabiul Awal
Ada banyak peristiwa penting yang telah dicatatkan oleh sejarah jatuh bangunnya tamadun Islam di dalam bulan Rabiulawal ini dan diantaranya ialah;
Kelahiran junjungan besar kita, Muhammad Rasulullah saw. Mengikut sumber-sumber mengatakan bahawa nabi lahir pada 12 Rabiul Awwal tahun gajah bersamaan 23 April 571M. Ini adalah sumber yang masyhur dan menjadi amalan umat Islam di Malaysia mengadakan sambutan Maulidurrasul pada 12 Rabiul Awwal di setiap tahun sehinggalah sekarang. Walau bagaimanapun ada sumber yang lain mengatakan bahawa nabi lahir pada 9 Rabiul Awwal tahun Gajah. Perbezaan pendapat ini akan disentuh lebih lanjut di bahagian Maulidur Rasul.
Perlantikan Nabi menjadi Rasul. Dibulan Rabiulawal inilah Nabi saw diangkat menjadi Rasul. Ketika ini Nabi saw berumur 40 tahun. Maka dengan ini bermulah dakwah baginda secara rasmi di Makkah al-Mukarramah.
Hijrah Tarikh hijrah adalah tarikh tibanya Rasulullah di Madinah al-Munawwarah pada ketika itu di sebut Yatsrib. Rasulullah sampai di Quba' pada hari Isnin 8 Rabiulawal dan Baginda sampai di Kota Madinah pada hari Jumaat 12 Rabiulawal dan Baginda menunaikan solat Jumaat yang pertama.
Peperangan Banyak peperangan yang telah terjadi pada zaman Rasulullah saw diantara tentera Islam dan tentera kuffar. Diantara peperangan yang berlaku di bulan Rabiulawal ialah peperangan Safwan (Badar pertama), Bawat, Zi Amar (Ghatfan), Bani An-Nadhir, Daumatul Jandal dan peperangan Bani Lahyan.
Wafatnya junjungan besar kita, Muhammad Rasulullah saw. Rasulullah telah wafat pada hari Isnin 12 Rabiulawal 11H bersamaan 7 Jun 632M. Baginda wafat di rumah isterinya Aisyah ra dan dikebumikan di Madinah al-Munawwarah.
Abu Bakar ra. menjadi khalifah Pada hari Rasulullah wafat, para sahabat tidak mahu menangguh urusan pentadbiran kerajaan dan segera membai'ah saidina Abu Bakar ra di Dewan Bani Sa'idah. Ini adalah kerana urusan pentadbiran negara tidak boleh terhenti walau seketika dan ia adalah nadi sesebuah kerajaan. Sebahagian sahabat pula menguruskan pengkebumian jenazah Rasulullah saw yang diketuai oleh Saidina Ali ra Ahli Bait Rasulullah saw.
Pembukaan Iraq Tentera Islam yang dipimpin oleh Khalid Ibni Walid ra telah memasuki Iraq dan bermulalah pemerintahan Islam di bumi Iraq di zaman saidina Abu Bakar ra.
Pembukaan Baitul Muqaddis Salahuddin al-Ayubi telah memimpin tentera Islam menewaskan tentera Salib dan seterusnya membuka pintu bagi pembukaan Baitul Muqaddis pada tahun 583 H.
Kejatuhan Empayar kerajaan Islam Sepanyol Kubu terakhir tentera Islam di Andalusia telah ditumbangkan oleh tentera Sepanyol yang dipimpin oleh Ferdinando dan Isabella pada tahun 897H. Bermulalah kemusnahan tempat-tempat bersejarah warisan umat Islam, masjid-masjid ditukar menjadi gereja dan muzium dan tiada lagi suara azan di negara tersebut.
Pada pukul 1 pagi td, ana dikejutkan dengan satu mesej yang mana mesej 2 menyebabkan ana terduduk dan kaku. ana mendapat berita yang sahabat baik ana telah kembali menghadap ilahi pada 11.45 malam td akibat jangkitan kuman pada paru-paru. Beliau adalah saudari NAZARIAH ZAKARIA, kawan ana semasa di SMUAZ dulu.. Ana amat terkejut dan terkilan sebab tidak sempat menemui arwah yg telah seminggu terlantar di HUSM Kubang Kerian Kelantan. ketika beliau dimasukkan di wad, ana telah pun berada di Maktab. serba salah rasanye.. bila sampai di maktab, ana dapat berita yg beliau di masukkan di wad icu. ana tak thu nk kata apa lagi. terasa kehilangan. tapi, ana ikhlaskan pemergiannya.Allah lebih sayangkannya. Banyak kenangan manis dan pahit bersamanya. semua hanya tinggal kenangan... semoga arwah tenang di sana dan semoga rohnya dicucuri rahmat serta di tempatkan di kalangan orang-orang yg beriman...amiin..... Al-Fatihah....