Saturday, May 1, 2010

Aqidah Al Azhar Oleh Dr Yusof Al Qardhawi



عقيدة الأزهر


وردا على سؤال آخر من أحد الحضور جاء فيه: "بعض الناس يطعن في عقيدة الأزهر الشريف، فما رد فضيلتكم على هذا الكلام؟"

قال الشيخ القرضاوي بنبرة استفهام ساخرة: "عقيدة الأزهر الشريف؟!"

ورأى أن من يقول ذلك "فهو يطعن في الأشعرية"، وتابع: "ليس الأزهر وحده أشعريا.. الأمة الإسلامية أشعرية.. الأزهر أشعري والزيتونة أشعري والديوباندي (بالهند) أشعري وندوة العلماء أشعرية ومدارس باكستان أشعرية.. وكل العالم الإسلامي أشعرية".

وأشار إلى أنه حتى الأشعرية موجودة بالسعودية التي تعد مركز السلفية الوهابية، وقال: "السلفيون مجموعة صغيرة، حتى إذا قلنا السعودية فليس كل السعودية سلفيين، فالحجازيون غير النجديين غير المنطقة الشرقية غير منطقة جيزان وهكذا".

وأضاف: "فإذا أخذنا بالأغلبية، فإن أغلبية الأمة أشعرية.. هذه كلها اجتهادات في فروع العقيدة، والكل متفق على شهادة أن لا اله إلا الله وأن محمد رسول الله وعلى النبوة في الإيمان بالله وكتبه ورسله وفي اليوم الآخر".

وشدد على أن "هذه الاختلافات لا ينبغي أن نكفر بها أحدا".

Maksudnya:

Dalam pada menjawab soalan lain daripada salah seorang yang hadir yang bertanya: “Sebahagian manusia mentohmah aqidah Al-Azhar As-Syarif. Maka, apa jawapan tuan yang dihormati, terhadap perkataan (tohmahan) itu?” Maka Sheikh Al-Qaradhawi menjawab dalam bentuk persoalan yang penuh takjub: “Aqidah Al-Azhar As-Syarif?!”


(Beliau berkata) “

Saya lihat orang yang berkata sebegitu adalah orang yang mengkritik (aqidah) Al-Asya’irah”. Seterusnya beliau berkata: “Bukan Al-Azhar satu-satunya yang (beraqidah) Asy’ari. Ummah Islamiyyah adalah Asya’irah (majoritinya). Al-Azhar (beraqidah) Asy’ari. Az-Zaituniyyah (beraqidah) Asy’ari. Ad-Deoubandi (di India) beraqidah Asy’ari. Nadwah Al-Ulama’ beraqidah Asy’ari dan Sekolah-sekolah di Pakistan juga (beraqidah) Asy’ariyyah. Seluruh Dunia Islam Asy’ari (beraqidah Asy’ari)”.


Sheikh Dr. Al-Qaradhawi turut menjelaskan wujudnya golongan Al-Asya’irah di Saudi yang dikenali sebagai markaz Salafiyyah Wahhabiyyah. Beliau berkata: “Salafiyyun (Wahhabiyyah) hanya minoriti sahaja (di dunia). Walaupun kita katakan negara Saudi (sebagai Salafi wahhabi), namun bukan seluruh Saudi itu Salafi (Wahhabi). Golongan ahli Hijaz (yang kebanyakkan ulama’ mereka masih Al-Asya’irah tetapi tidak menonjol) bukan seperti ahli Najd. (Ahli Najad juga) bukan Ahli Syarqiyyah (ahli timur Saudi). (Ahli Syarqiyyah juga) bukan seperti Ahli di daerah Jizan. Begitulah seterusnya…”

Beliau menambah: “Kalau nak dikira majoriti umat Islam, maka majoriti ummah adalah Al-Asya’irah. Itu hanyalah perselisihan dalam masalah furu’ Aqidah. Kesemuanya bersepakat terhadap iman kepada Tiada tuhan (yang berhak disembah) melainkan Allah dan Muhammad itu adalah Rasulullah. Semuanya bersepakat terhadap kenabian (Rasulullah s.a.w.) dan pada keimanan terhadap Allah, kitab-kitab, para rasulNya dan beriman kepada Hari Akhirat”.

Lalu beliau mengingatkan secara tegas: “Khilaf ini (manhaj Al-Asya’irah) tidak boleh menjadi sebab kita mengkafirkan sesiapa!” [Islamonline.net oleh Ahmad ‘Atho’ bertajuk: القرضاوي: لا فتوى لشلتوت بالتعبد على "الجعفري]

Sumber : Ustaz Mukhlis

IMAM HASSAN AL-BANNA RAHIMAHULLAH DAN PANDANGANNYA TENTANG TASAWUF

Pada hari Jumaat baru-baru ini tanggal 6 Jumadil Awwal 1430 bersamaan 1 Mei 2009,saya bersama Ustaz Hairul Nizam pergi bertandang ke rumah seorang ulama besar Hadis di Mesir iaitu al-Alim al-Allamah Doktor Syeikh Saad Jawish hafizahullah. Saya diberitahu oleh Ustaz Hairul bahawa Syeikh sakit dan kesempatan waktu yang ada kami gunakan untuk melawat ulama besar ini.

Kehadiran kami pada mulanya hanya untuk melawat Fadhilatul al-Syeikh bertukar menjadi majlis ilmu yang sangat kami nanti-nantikan. Syeikh menyuruh Ustaz Hairul untuk membacakan sebahagian hadis yang terdapat di dalam kitab Sunan al-Sughra oleh al-Imam Baihaqi radhiyallahu anhu. Inilah sikap para ulama yang sentiasa dipenuhi masanya dengan ilmu. Bila mengenangkan peristiwa ini, teringat saya kisah yang berlaku kepada al-Imam Abu Yusuf ,Murid kepada al-Imam Abu Hanifah radhiyallahu anhum (113-182H), ketika di dalam keadaan nazak masih lagi sempat membahaskan tentang ilmu. Sedikitpun waktu tidak dibuang sia-sia begitu sahaja melainkan dipenuhi dengan ilmu dan hikmah. Kisah ini saya petik daripada kitab :

قيمة الزمن عند العلماء


Kitab ini dikarang oleh Syiekh al-Allamah Muhaddis Abdul Fattah Abu Ghuddah rahimahullah. Kisah Imam Abu Yusuf ini diceritakan oleh murid beliau al-Imam Qadhi Ibrahim bin al-Jarrah rahimahullah ketika beliau melawat al-Imam yang sedang sakit, tiba-tiba si Imam bertanya pendapat Qadhi Ibrahim tentang satu masalah ilmu. Qadhi Ibrahim terkejut dan mengatakan: Wahai tuan guru, adakah kamu ingin berbincang tentang masalah ilmu dalam keadaan kamu sebegini(sakit yang teruk).Kata Sang Imam : Tidak mengapa, moga-moga dengannya akan sama-sama beroleh faedah(penyelamat di akhirat kelak).

Maka al-Imam Abu Yusuf bertanya: Wahai Ibrahim , manakah yang lebih afdhal ketika melontar Jamrah(ketika haji) sama ada menaiki kenderaan(binatang) atau berjalan?

Maka Qadhi Ibrahim menjawab: Menunggang binatang lebih afdhal. Sang Imam menjawab: Kamu salah memberikan jawapan. Qadhi Ibrahim menjawab lagi: Berjalan lebih afdhal. Maka Sang Imam menjawab: Tetap jawapan kamu salah. Maka kata Qadhi Ibrahim: Berikanlah jawapannya wahai Tuan Guru, moga Allah meredhaimu.

Sang Imam menjawab: Jika kamu ingin berhenti untuk berdoa ketika melontar Jamrah tersebut,maka afdhalnya ,kamu melontar dalam keadaan berjalan. Tetapi jika kamu tidak ingin berdoa ketika itu , maka afdhal bagimu menaiki kenderaan.

Selepas beberapa ketika bersama dengan al-Imam , maka Qadhi Ibrahim pun bangun untuk pulang. Bilamana Qadhi Ibrahim sampai ke muka pintu, maka beliau mendengar al-Imam Abu Yusuf menarik nafas dengan kuat. Bila Qadhi mendapatkan al-Imam, maka didapati Sang Imam yang mulia telah meninggal dunia. Moga Allah merahmati mereka semua. Amin..

Inilah sikap dan peribadi para ulama. Sangat terkesan kami pada malam tersebut dengan sikap dan peribadi Syeikh Saad Jawish Hafizahullah.Moga Allah memanjangkan usiamu wahai syeikh yang kami cintai. Kami masih dahagakan ilmumu.

Saya sempat meminta Syeikh memberikan ijazah umum kitab-kitab hadis yang syeikh perolehi daripada Guru-guru beliau. Alhamdulillah beliau berkenan untuk mengijazahkan kepada saya dengan apa yang beliau perolehi daripada guru-guru beliau. Antara guru-guru Syeikh Saad Jawish ialah Syeikh Yassin al-Fadani , Syeikh Hafiz al-Tijani, Syeikh Abdullah Siddiq al-Ghumari , Syeikh Zaki Ibrahim dan lain-lain rahimahullah.

Kemudian Syeikh juga menghadiahkan kepada kami majalah Muslim yang dikeluarkan oleh Maahad Sufi ( Asyirah Muhammadiyah). Sebaik sampai di rumah, saya menyelak helaian majalah tersebut. Apa yang menarik perhatian saya ialah sebuah artikel yang ditulis oleh al-Imam al-Ra’id Syeikh al-Allamah Muhaddis Zaki Ibrahim rahimahullah berkenaan pertentangan yang berlaku di antara Jamaah al-Ikhwan al-Muslimun dan golongan Sufi di Mesir seperti yang diwara-warakan oleh wartawan Majalah Tahrir. Jamaah al-Ikhwan al-Muslimun dikatakan sering mengatakan kepada golongan sufi bahawa jalan yang di bawa oleh ulama sufi adalah salah dan menyeleweng daripada jalan sebenar Islam.

Maka al-Imam Zaki Ibrahim rahimahullah, menulis artikel tersebut menerangkan hakikat sebenar Tasawuf menurut pandangan al-Imam Hasan al-Banna dan al-Ikhwan al-Muslimun. Syeikh Zaki Ibrahim menyebutkan, jika Tasawuf Islami dikatakan bid’ah yang sesat maka Imam al-Banna juga merupakan orang yang sesat dan Jamaah al-Ikhwan al-Muslimun sejak ditubuhkan sehingga kematian Imam boleh dianggap sesat.

Kata Syeikh Zaki lagi: Imam al-Banna adalah salah satu hasil yang lahir daripada kelompok halaqah Zikir Tariqat Syazuliyah,ditarbiah dengan acuan Tariqat Syazuliyah. Malah beliau membawa manhaj Ikhwan dengan apa yang terkandung di dalam Tariqat Syazuliyah itu sendiri. Ketika majalah pertama al-Ikhwan al-Muslimun diterbitkan dikhususkan satu bahagian di dalamnya untuk Tasawuf yang dikarang sendiri oleh al-Imam Hassan al-Banna.


Kata Syeikh Zaki Ibrahim lagi: “Aku sendiri pernah menghadiri majlis ibadah gologan Sufi bersama al-Imam Hassan al-Banna”. Perkara sebegini diteruskan oleh Imam al-Banna dan perkara tersebut boleh kita dapati sekarang di dalam penulisan-penulisan beliau yang masih kekal seperti Ma’surat , melazimkan kepada ahli gerakan melaksanakan zikir dan wirid dan lain-lain.

Keluarga Imam al-Banna juga terkenal sebagai sebuah keluarga sufi. Bapa beliau sendiri merupakan seorang ulama Hadis yang hebat dan juga Sufi yang masyhur. Saudara kandung beliau juga iaitu Syeikh Abdul Rahman al-Banna juga merupakan salah seorang penggerak utama Tariqat Syazuliyah.

Saya tidaklah menukilkan satu persatu kalam Syeikh al-Allamah Zaki Ibrahim rahimahullah tentang hakikat ini. Penjelasan sebegini sudah jelas bagi menerangkan bahawa al-Imam al-Banna rahimahullah adalah golongan Sufi yang menjadi penggerak kepada Gerakan Islam terbesar di dunia. Tohmahan yang mengatakan bahawa golongan sufi tidak bergerak menyokong gerakan Islam adalah satu tohmahan yang tidak berasas.

Jika kita menyedari hakikat ini, maka tentu kita dapat berfikir dengan baik. Golongan yang hebat sebegini, hakikatnya dibentuk dengan acuan yang satu. Duduk bersama orang-orang soleh, belajar dengan para ulama dan belajar dengan acuan ahlussunnah yang benar adalah perkara yang tidak boleh tidak mesti dilakukan oleh seorang yang ingin menjadikannya sebagai Ahli Gerakan Islam yang sebenar.

Saya sangat terkilan dengan sebahagian pelajar yang berada di Mesir, yang kononnya ingin mengambil acuan Ikhwan al-Muslimun dan sering menimbulkan kebobrokkan pemikiran dikalangan mahasisiwa al-Azhar dan sahabat-sahabat perubatan, pernah menyebutkan kepada salah seorang teman saya dengan mengatakan bahawa: Ilmu-ilmu yang ada di Mesir ini adalah ilmu yang mentah.Kalau tauhid, fiqh dan sebagainya, di Malaysia pun kita boleh dapatkan perkara tersebut. Kita datang ke Mesir nie sebenarnya nak ambil selain daripada ilmu mentah nie,ada sesuatu yang lebih istimewa iaitu Ilmu Gerakan Ikhwan al-Muslimun.

Saya ingin berpesan kepada golongan yang semangat “tak tentu hala” sebegini(seperti loghat Kedah), agar berhati-hati bila mengeluarkan perkataan. Jangan di sebabkan semangat tanpa ilmu sebegini (yang hanya berpada dengan usrah-usrah yang kononnya lebih baik daripada usrah yang dibawa oleh Persatuan Pelajar disini iaitu PMRAM)menyebabkan kalian hilang arah sebenar datang ke Mesir. Pemikiran-pemikiran songsang akan makin merebak di bumi Malaysia jika pemikiran yang mengatakan “ ilmu di al-Azhar adalah ilmu Mentah” sebegini masih dikekalkan di dalam kesatuan kamu. Saya tidak menjuruskan perkataan saya ini kepada sesiapa. Bak kata pepatah: Siapa yang makan Cili maka dialah yang akan merasa pedasnya.

Ingat, semangat tanpa ilmu tidak mencukupi . Ambillah contoh sebenar Imam al-Banna rahimahullah. Kaji semula Manhaj dan perjuangan asal Imam al-Banna.Moga kita semua mendapat petunjuk daripada Allah taala.Aminn.

Artikel asal daripada blog Ustaz Nazrul Nasir bekas kempimpinan PMRAM. Boleh rujuk di sini.

Mengapa Perlu Bertanya???

Renungan.....

Ada seorang pemuda yang lama sekolah di
luar negeri, kembali ke tanah air.
Sesampainya di rumah ia meminta kepada
orang tuanya untuk mencari seorang guru
agama, kiyai atau sesiapa sahaja yang
boleh menjawab 3 pertanyaannya.


Akhirnya orang tua pemuda itu
mendapatkan orang tersebut, seorang kiyai.



Pemuda: Anda siapa? Dan apakah bisa menjawab pertanyaan- pertanyaan saya?


Kiyai : Saya hamba Allah dan dengan izin-Nya saya akan menjawab pertanyaan anda.


Pemuda: Anda yakin? Sedangkan Profesor dan ramai orang yang pintar tidak mampu menjawab pertanyaan saya.


Kiyai : Saya akan mencuba sejauh kemampuan saya.


Pemuda: Saya ada 3 pertanyaan:-

1. Kalau memang Tuhan itu ada, tunjukan
wujud Tuhan kepada saya

2. Apakah yang dinamakan takdir


3. Kalau syaitan diciptakan dari api

kenapa dimasukan ke neraka yang dibuat
dari api, tentu tidak menyakitkan buat
syaitan. Sebab mereka memiliki unsur
yang sama. Apakah Tuhan tidak pernah
berfikir sejauh itu?


Tiba-tiba kyai tersebut menampar pipi
pemuda tadi dengan keras.



Pemuda (sambil menahan sakit): Kenapa anda marah kepada saya?


Kiyai : Saya tidak marah...Tamparan itu adalah jawaban saya atas 3 pertanyaan yang anda ajukan kepada saya.


Pemuda: Saya sungguh-sungguh tidak mengerti.


Kiyai : Bagaimana rasanya tamparan saya?


Pemuda: Tentu saja saya merasakan sakit.


Kiyai : Jadi anda percaya bahwa sakit itu ada?


Pemuda: Ya!


Kiyai : Tunjukan pada saya wujud sakit itu!


Kiyai : Itulah jawaban pertanyaan pertama...kita semua merasakan kewujudan Tuhan tanpa mampu melihat.


Kiyai : Apakah tadi malam anda bermimpi akan ditampar oleh saya?


Pemuda: Tidak.


Kiyai : Apakah pernah terfikir oleh anda akan menerima sebuah tamparan dari saya hari ini?


Pemuda: Tidak.


Kiyai : Itulah yang dinamakan takdir.


Kiyai : Terbuat dari apa tangan yang saya gunakan untuk menampar anda?


Pemuda: Kulit.


Kiyai : Terbuat dari apa pipi anda?


Pemuda: Kulit.


Kiyai : Bagaimana rasanya tamparan saya?


Pemuda: Sakit.


Kiyai : Walaupun syaitan dijadikan dari api dan neraka juga terbuat dari api, jika Tuhan menghendaki maka neraka akan menjadi tempat yang menyakitkan untuk syaitan.

P/s : insyaAllah cubalah kita mengambil pengajaran bersama...jgn hanya membaca tetapi akal dan hati tdk bersatu utk memahaminya...wallahu'alam