Thursday, January 13, 2011

" Pentingnya Persediaan Sebagai Seorang Guru.."

Persediaan Guru

Sebelum mengajar Al-Quran, setiap orang guru haruslah maklum bahawa mengajar Al-Quran mempunyai maksud yang luas, bukan sekadar boleh membaca sahaja, malah banyak lagi perkara lain yang mesti diberi perhatian dan pertimbangan supaya pengajaran dan pembelajaran benar-benar bermakna bagi pelajar. Antaranya ialah: 
1. Guru harus sedar bahawa mengajar Al-Quran bukan sahaja bermaksud pelajar boleh menyebut huruf dan membaca Al-Quran, tetapi memupuk perasaan cinta kepada Al-Quran serta menjadikan hati mereka jinak dengan Al-Quran. 
2. Guru harus mampu memperdengarkan bacaan Al-Quran yang baik dan fasih sehingga boleh menimbulkan perasaan khusyuk, tenang dan lega bila mendengarnya. Dengan demikian menimbulkan minat kepada pelajar untuk terus mendengar bacaan Al-Quran. Memang naluri manusia suka mendengar suara atau bunyi yang merdu, kerana bunyi yang merdu itu boleh menambat hati dan memberi kesan kepada jiwa. Oleh kerana guru tidak mampu memperdengarkan suatu yang merdu dari Al-Quran, maka menjadikan pengajarannya hambar dan tidak menarik. Ini menyebabkan pelajar tidak berminat kepada Al-Quran, lantas mereka mencari bunyi-bunyian lain yang dianggap lebih merdu, walau pun kita tidak menganggapnya merdu serta tidak pula harmoni, malah dalam banyak hal, berdosa pula.
3. Memastikan pelajar mendapat suatu yang baru daripada maksud Al-Quran yang dibaca. Ini menimbulkan minat untuk selalu menghadiri kelas Al-Quran kerana ada sesuatu yang ia dapat. 
4. Guru haruslah mengulang-ulangkan tentang kelebihan belajar Al-Quran. Kelebihan-kelebihan ini bukan sahaja untuk tujuan kesejahteraan di akhirat, tetapi di dunia pun telah dapat dikecapi dan dinikmati.
5. Guru harus ingat bahawa Al-Quran ialah kalam Allah yang Qadim. Bacaannya ibadat, dan mesti dibaca dengan betul, terang dan fasih mengikut bahasa Arab yang standard. Kesalahan membacanya dikira salah dan haram. Jadi guru harus mencuba sedaya belajar Al-Quran dan boleh membacanya dengan baik, kemudian cuba sedaya yang mungkin untuk mendidik pelajar supaya mereka dapat membacanya dengan baik dan tidak melakukan kesalahan bacaan pada masa akan datang. Kesalahan yang tidak dibetulkan itu menyebabkan pelajar melakukan kesalahan yang serupa berpanjangan hingga ke akhir hayatnya.
6. Guru mesti menunjukkan cara yang betul dan jelas untuk menyebut huruf-huruf Al-Quran (makharijil huruf dan sifatnya) dan yang lain-lain yang berkaitan dengan hukum bacaan seperti dengung (ghunnah), panjang (mad), pendek dan sebagainya. 
7. Tegaskan dari semasa ke semasa bahawa Al-Quran merupakan perlembagaan bagi orang Islam. Ia adalah kitab Petunjuk, pembimbing dan pembeda antara yang baik dan buruk. Oleh itu pelajar harus diberi peringatan bila membaca Al-Quran, bahawa kita sedang membaca peraturan Allah s.w.t.. Kita akan amalkan apa yang diperintahkan dalam ayat berkenaan.
8. Al-Quran bukan sahaja memberi panduan dan petunjuk kepada semua manusia, tetapi secara terus mendidik akhlak orang yang beriman. Jadi apabila berjumpa ayat-ayat berkenaan tegaskan kepada pelajar bahawa inilah ajaran Al-Quran. 
9. Setiap peristiwa yang disebutkan dalam Al-Quran ada hubungan dengan kehidupan harian, jadi, guru harus mampu menghubungkaitkan dengan kehidupan harian pelajar. Dengan demikian barulah pelajar faham bahawa Al-Quran bukan untuk masa dahulu, tetapi ia sentiasa hidup dan menceritakan apa yang dilakukan oleh manusia sekarang. 
10. Guru mestilah berakhlak dengan akhlak Al-Quran. Sekiranya akhlak guru bertentangan dengan Al-Quran, maka ini menjadikan pendidikan Al-Quran tidak berkesan. Lebih malang lagi, menjatuhkan maruah guru atau rendah nilai peribadi guru pada pandangan pelajar, dan ini menyebabkan pelajar tidak menghormati guru.

Monday, November 1, 2010

Andai Seorang Perempuan Itu Datang

Andai seorang perempuan datang kepadamu ketika kau berseorangan...

Andai seorang perempuan datang dan senyum mesra memandangmu...

Andai seorang perempuan datang duduk di sebelahmu membiarkan bahu dan punggungnya bersentuhan denganmu...

Andai seorang perempuan datang menanyakan tentang bentuk badannya kepadamu...

Andai seorang perempuan datang menanyakan tentang kecantikan wajah dan badannya kepadamu...

Andai seorang perempuan datang memintamu menghilangkan daun di rambutnya...

Andai seorang perempuan datang kepadamu sambil mendedahkan bahagian- bahagian tertentu...

Andai seorang perempuan datang tanpa segan silu denganmu...

Andai datang waktu itu, apakah tindakanmu?

MUNGKIN PADA PANDANGAN PEREMPUAN ITU,

"Kau adalah kawan karibku."

"Gua takde perasaan dengan lu, so gua selambe jela dengan lu."

"Kau dah seperti abang kandungku."

"Kau dan aku bukan alim sangat jadi tak perlu hipokrit."

"Kaulah kekasihku, diri ini sepenuhnya milikmu."

"Aku tahu kau dan aku takkan mungkin berzina, kita pasti pandai mengawal diri."

"Oh, kau adalah bakal suamiku, aku harus berlatih dari sekarang mengurangkan malu".

"Ku berbuat begini tiada yang tahu, kau takkan cerita pada orang lain."

TETAPI WAHAI LELAKI, ADAKAH SELALUNYA BETUL PANDANGAN MEREKA ITU?

Andai seorang perempuan itu datang...

Dan hanya dirimu pengawal gelanggang...

BERANIKAN dirimu untuk MENEGUR

GAGAHKAN dirimu untuk BERUNDUR

TABAHKAN dirimu untuk menjadi LELAKI YANG UNGGUL!

Lelaki yang hormat pada hak bakal suami perempuan itu nanti,

Lelaki yang hormat pada maruah kaum ibu dan adik beradik perempuannya sendiri,

Lelaki yang takkan disogok dengan benda-benda free,

Lelaki yang punya jati diri, menegur kerana TAK MAHU ISTERINYA NANTI BEKAS-BEKAS LELAKI,

Insaflah wahai diri yang bernama lelaki,

Andai seorang perempuan itu datang...

Beranikanlah diri untuk menolak dengan matang...

Andai seorang perempuan itu datang...

Khas Buatmu Yang Bergelar Wanita Islam...

Targhib wa tarhib
Dalam hadis: "Diantara wanita-wanita didunia ini ada yang kecantikannya melebihi dari bidadari kerana amal perbuatannya ketika didunia." ( Tanbihul Ghafilin, Faqih Abu Laits As-samarqandi)

Abu hurairah r.a. berkata: "Demi Allah yang menurunkan kitab pada Nabi Muhammad s.a.w. Sesungguhnya ahli syurga tiap saat bertambah elok cantiknya, sebagaimana dahulu didunia bertambah tua." ( Tanbihul Ghafilin, Faqih Abu Laits As-samarqandi)

Anas ra. Berkata bahwa suatu ketika sekumpulan wanita datang menghadap Rasulullah saw. Dan berkata, “ya Rasulullah, kaum lelaki telah memperoleh banyak pahala dengan ikut serta dalam jihad. Tunjukkan kepada kami suatu amalan yang dapat membantu kami memperoleh pahala sebagaimana yang telah dicapai oleh para mujahid. Rasulullah saw. Berkata, “Seorang di antara kamu yang tinggal di rumahnya,(menjaga malu dan kehormatannya), akan memperoleh pahala jihad.”(Musnad Bazzar)

“Jika seorang wanita shalat lima waktu, puasa di bulan (Ramadhan), menjaga kemaluannya, dan taat kepada suaminya, maka akan dikatakan kepadanya:”Masuklah kamu ke dalam surga dari pintu surga mana saja yang kamu kehendaki.” (HR. Ahmad)

Dari Abu Hurairah dalam Hadits yang panjang berkata: bersabda Rasulullah : "Ada dua kelompok penghuni neraka yang belum pernah aku lihat: suatu kaum yang memiliki pecut seperti ekor sapi dan dipergunakan untuk memukul orang lain, dan wanita-wanita yang berpakaian namun telanjang, berjalan sambil berlenggak-lenggok, kepala mereka bagaikan punuk unta, mereka tidak akan masuk surga dan tidak pula dapat mencium wanginya, padahal wangi surga dapat tercium dari jarak sekian dan sekian"(Muslim)



Kata Renungan.

Sayyidina Ali berkata,:
“Adakah kamu tidak merasa malu? Adakah kamu tidak merasa cemburu? Salah seorang daripada kamu membiarkan isterinya keluar di kalangan para lelaki ajnabi. Dia melihat kepada mereka dan mereka dapat melihat kepadanya.” ( Hukum Wanita Bermusafir, Syeikh Nuruddin Merbu Banjar al-Makki)



Perkara Larangan dan Amaran.

“Katakanlah kepada wanita-wanita yang beriman agar menundukkan pandangan mereka...”(QS. An-Nur ayat 31)

"Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati itu seluruhnya akan ditanyakan - perihal perbuatannya masing-masing." (al-lsra': 36)

Nabi bersabda yang maksudnya: “Aku tidak meninggalkan sesudahku fitnah bagi kaum lelaki lebih berbahaya dari perempuan”(Muttafaqun Alaih)

Dari Ma’al bin Yasir ra., sesungguhnya Rasulullah saw. Bersabda, “Lebih baik bagimu jika sebuah paku baja ditancapkan ke kepalamu daripada engkau menyentuh wanita yang tidak dihalalkan bagimu.”(Hr. Thabrani, Baihaqi)


Dari Abu Said r.a. bahwasanya Rasulullah s.a.w. bersabda: "Janganlah seseorang lelaki itu melihat kepada auratnya orang lelaki lain, jangan pula seseorang wanita melihat auratnya orang wanita lain. Jangan pula seseorang lelaki itu berkumpul tidur dengan orang lelaki lain dalam satu pakaian dan jangan pula seseorang wanita itu berkumpul tidur dengan orang wanita lain dalam satu pakaian." (Riwayat Muslim)

Dari Ibnu Abbas radhiallahu 'anhuma bahwasanya Rasulullah s.a.w. bersabda: "Janganlah sekali-kali seseorang lelaki di antara engkau semua itu menyendiri dengan seorang wanita, melainkan haruslah ada mahramnya beserta wanita tadi." (Mu'ttafaq 'alaih)

Uqbah bin Amir ra. Meriwayatkan bahwa Rasulullah saw. Suatu ketika bersabda, “Jangan mendekati wanita yang bukan mahram.” Seorang lelaki bertanya, “Ya Rasulullah, bagaimana dengan saudara ipar?” Nabi saw. Menjawab, “Saudara ipar adalah kematian!”(Muttafaq ‘alaih)

Dari Ibnu Umar ra. Meriwayatkan bahwa Nabi saw. Bersabda, “sesungguhnya malu dan iman adalah dua bersaudara. Jika Salah satunya hilang, maka yang lainnya dengan sendirinya akan hilang.”(Riwayat Baihaqi)

Nabi saw. Bersabda, “Amalan yang paling baik bagi kaum wanita ummatku adalah ridha dan menghindarkan diri dari laki-laki.”(Syara’I Hijab dengan rujukan Hijab wanita Muslimah – Dr Muhammad Ismail M)

Rasulullah saw. Bersabda, “Ketahuilah dengan jelas bahwa adzab Allah kepada orang yang melihat ghair mahram dan orang-orang yang menonjolkan diri dihadapan mereka(lelaki atau wanita).”(Misykat dengan rujukan Hijab wanita Muslimah
– Dr Muhammad Ismail M)