Thursday, October 28, 2010

Semangat!

assalamualaikum..
“Ya Allah, aku memohon perlindungan daripadaMu daripada habisnya usia sebelum habisnya siap sedia. Amiin.”

Sungguh.. Dengan perjuangan kita dilahirkan ke dunia… Di dalam gerak tangis kita mulai membuka mata. Di dalam bedungan ibu kita menggerakkan badan melepaskan ikatan bedung. Lepas dari asuhan ibu, kita merangkak, kita ansur tegak dan kita jatuh, lalu kita tegak lagi dan jatuh lagi. Kemudian tegak terus untuk pergi berjuang ke medan permainan, lalu ke medan hidup, lalu ke medan perjuangan dalam batin kita sendiri, menegakkan yang baik dan melawan yang buruk.

Selama terus hidup kita kerjakan demikian, menjalankan titah perintah Tuhan Yang Maha Esa. Berapa pun yang dapat kita kerjakan, harus kita syukuri. Setiap hari atau masa kita hitunglah laba dan rugi. Sampai kelak datang panggilan.

Panggilan yang tidak dapat ditakhirkan walau satu saat dan tak dapat pula ditaqdimkan walaupun satu saat. Panggilan yang tak dapat dielakkan oleh setiap yang bernyawa.

Maka terbukalah pintu kubur. Maknanya pindahlah kita dari hidup fana kepada hidup baqa, dari hidup dunia kepada hidup Akhirat. Demikianlah kita menempuh hidup; lahir, berjuang dan akhirnya mati.

Betapa juapun kita harus percaya, bahawa kebaikan juga yang menang. Sebab asal-usul kejahatan kita bukan jahat, hanya baik semata. Kalau kejahatan pernah menang, hanyalah lantaran dorongan nafsu. Bila nafsu telah reda, kebaikan jualah yang kita junjung. Sebab itu hendaklah kita percaya penuh dengan iman dan baik sangka kepada Tuhan.

Apabila ruang di bumi tertutup, ruang di langit terbuka luas untuk kita.

Itulah Falsafah Hidup!



:: Petikan Buku ”Falsafah Hidup” karangan Prof. Dr. Hamka ::



Inspirational Words of Wisdom:


“Everyday in which the sun set reminds us that our lifespan is diminishing. The wise is the one who learns from his yesterday, struggles for his present day and provides hope for his tomorrow.”


“Dream what we want to dream, go where we want to go, be what we want to be, cause we have only one life and one chance to do all the things that we want in life, BUT make sure we have Allah The Almighty in our life!”


“There was a man who decides to change on 12th hour, however he died on the 11th! It’s never too late to submit to our God. He loves us! Please answer His call for we will find complete freedom and happiness in this worldly life and the Hereafter.”


“When we were born, we cried and the world rejoiced. Live our life in such a manner that when we die, the world cries and we rejoice.”



Wallahu wa a’lam.

selawat~

Kenali Cinta kepada Allah

*Tujuan
---Ibarat badan manusia,mendengar adalah sifat bagi telinga,melihat adalah sifat bagi mata dan sebgainya.Begitu juga hati,sifatnya adalah selalu dalam mood bercinta.Oleh sbb itu,hati ialah lautan cinta.Tahanlah hati anda drpd cinta,nescaya cinta pasti akan berjaya menembusi hati anda tanpa tertahan.Jadi,sebelum hati benar2 terpaut dgn cinta dunia,pautkan hati dgn cinta Ilahi terlebih dahulu...

*Sebab
---Manusia biasanya jatuh cinta disbbkan dua perkara.Pertama disebabkan zat dan fizikal dan kedua sifat sesuatu yg dicintai.Bagaimana pula dgn Allah?Walaupun zat Allah tdk terjangkau oleh pancaindera atau akal fikiran,namun,sifat2 yg dimiliki-Nya dan atas sbb segala nikmat yg tlh dikurniakan-Nya menyebbkan Dia mmg plh layak dicintai...

*Gembira
---Cinta biasanya dikaitkan dgn sesuatu yg manis dan menggembirakan hingga lautan bara api musibah sanggup diredah,ibadah bg golongan kuffar pahit terasa manis dan ringan sungguh hati meninggalkan maksiat.Bukan itu sahaja,malah nama Allah selalu disebut-sebut(zikir)

*Ibarat Ikan di Laut
---Org yg betul2 mencintai Allah tdk mampu "dimasinkan oleh kemasinan air laut".Walaupun syaitan membisik merdu di cuping telinga atau walau dunia dtg dlm rupa terhias indah,dia mampu membutakan mata,memekakkan telinga dan buat2 lupa ingatan dek kasih dan cinta kpd Allah.Walaupun kehidupan harian seolah-olah dia terperangkap bg memenuhi keperluan hidup,namun segala yg dilakukannya itu hanya demi menggapai redha Allah...

*Mencintai Apa yg Dicintai-Nya
---Turut mencinta iorg yg dicintai oleh Allah,perkara atau amalan yg dicintai-Nya.Sebaliknya juga,dia akan membenci apa2 yg dibenci oleh Allah...

*Tenang
---Hati yg benar2 cintakan Allah pasti akan merasakan ketenangan yg sukar digmbarkan dgn kata2...


*Serba Salah
---Seorg hamba yg sngt mencintai Allah pasti akan timbul rasa serba salah dlm hatinya.Saat hatinya menghadap Allah,dia rasa terlalu hina dan kerdil sehingga berasa tidak layak meminta apa2 pun drpd Allah.Namun apabila difikirkan bahawa Allah itu Maha Berkuasa,Pemberi dan Pengampun,maka hatinya tdk dpt ditahan drpd meminta-minta dan terus berharap...

*Terus Mencari dan Menanti
---Seorg hamba yg betul2 mencintai Allah,tidak pernah berasa bahawa dia seorg hamba yg telah menemui cinta-Nya.Dia akan terus berjaga demi cinta kpd kekasihnya dan akan setia menunggu pintu terbuka.alhasil,dia akan berkata,"Aku masih berusaha mencari cinta Allah."Ini juga akan menjdkannya seorg yg tdk pernah duduk diam melainkan masanya diisi dgn ketaatan kpd Allah.Ahli tasawwuf juga ada menyebut,sesiapa yg mengalihkan perhatiannya drpd cinta kpd Allah walau sekelip mata,maka dia tidak akan sampai kpd matlamatnya mencintai Allah...

*Hanya Satu
---Ruang yg ada dlm hati hanya diperuntukkan untuk Allah sepenuhnya...

*Matlamat Utama
---Tujuan teragung mencintai Allah adalah untuk menatap wajahnya diakhirat kelak.Seluruh hidupnya ditumpukan untuk mencintai Allah.Hatinya menolak segala yg dpt menariknya drpd menggapai matlamat agung ini...

*Berkorban
---Org yg hatinya dipenuhi rasa kecintaan yg mendlm terhdp Allah akan sanggup mengorbankan segala-galanya demi Allah.Antara perkara yg paling layak dikorbankan ialah kelazatan dunia....

Wallahua'lam....
Sekian,Wassalam...=)

Wednesday, October 27, 2010

Kita lupa bahawa kita berurusan dengan manusia

*Artikel ini adalah hasil dr prkongsian seorg sahabat

Bayangkan situasi ini. Tapi boleh jadi ada juga yang pernah mengalaminya.

Ada seorang sahabat. Dia sangat baik, terkenal alim dan faqih dalam agama. Pelajarannya cemerlang, ibadahnya gemilang. Kita percaya dengannya. Satu hari, sahabat ini telah membuat satu penganiayaan @ kesilapan. Tanpa kita jangka, peribadi yang secantik itu telah melakukan sesuatu yang melukakan jiwa kita.

Kita pun berkata: “Apa la, selama ini ingat baik sangat”

Kemudian kekecewaan kita itu meleret-leret sehingga menghentam sekolahnya, pelajarannya, agama yang dia anuti dan syakhsiahnya yang baik selama ini itu.

Hakikatnya kita telah terlupa, bahawa kita sedang berurusan dengan manusia.

Manusia, bukan malaikat.

Sepanjang kita hidup, kita tidak akan bertemu manusia seperti malaikat. Tidak akan. Ianya mustahil. Kita berjumpa ramai orang baik dalam kehidupan tetapi, sebaik-baik mana pun manusia kita jumpa, pasti ada kekurangannya.

Yang jika kita mahu, kita boleh canang-canangkan keburukannya, kelemahannya.

Tetapi kita kena sentiasa mengingatkan diri. Dia adalah manusia. Pasti ada sisi kekurangannya. Kita yang inigin menilainya juga ada kekurangan.

Manusia bukan malaikat yang keimanannya mendatar. Manusia juga bukan malaikat yang tidak pernah membuat kesilapan. Manusia bukan malaikat yang 100% taat dan patuh pada segala larang perintah Allah.

Manusia adalah manusia. Ada masanya di atas, ada masa di bawah. Sehebat mana pun manusia, akan ada sisi kekurangannya. Tinggal kekurangannya itu kecil atau besar sahaja. Sebaik mana pun manusia, akan ada silapnya. Tinggal kesilapan itu memberi kesan yang teruk atau tidak sahaja.

Tetapi akal kita sukar untuk rasional.

Sebab kita lupa, kita berurusan dengan manusia.

Manusia, bukan robot

Yang cantiknya pada manusia, tiada manusia yang serupa 100%. Kalau muka seiras sekalipun, pasti ada kelainan dari segi akhlak, kehidupan peribadi, gaya tutur dan sebagainya.

Manusia bukan seperti robot, dicipta di satu kilang yang sama, diprogram dengan program yang sama dan bergerak dengan pergerakan yang sama. Manusia adalah makhluk bebas, diberikan ikhtiar, peribadinya terikat dengan persekitaran tumbesaran.

Sebab itu, Allah mengarahkan kita untuk berkenalan dan mendalami insan yang lain.

Justeru kita tidak boleh mengharapkan 100% daripada manusia. Kita perlu menerima sisi kekurangannya. Kita perlu bersedia untuk dia melakukan kesilapan. Kita perlu melapangkan jiwa kita, apabila dia melakukan kesalahan.

Sebab kita berhubungan dengan manusia.

Manusia mana yang boleh dikatakan sempurna selain Rasulullah SAW?

Tiada.

Nanti ada waktu, kita pula kejatuhan

Dan perlu diingat, bahawa kita juga manusia. Percayalah cakap saya, tiada manusia yang akan sentiasa berada di atas sepanjang kehidupannya. Akan ada juga sesi kejatuhan demi kejatuhan. Tinggal kejatuhan itu besar atau tidak sahaja.

Namun, setiap kejatuhan itu, kita memerlukan teman yang memahami, yang mendalami keadaan kita yang sedang kejatuhan.

Sebab itu, apabila ada sahabat kita, kenalan kita, melakukan kesilapan, kesalahan, maka jangan terus disisihkan. Berikan peluang, tegur dengan tenang. Didik, pupuk, berusaha untuk terus menjaga hubungan dan saling lengkap melengkapi.

Hari ini, kita berusaha memahaminya.

InsyaAllah, ada hari, apabila kita memerlukan manusia memahami kita, Allah akan hantar pula seseorang untuk memahami kita.

Lapangkan dadamu kepada manusia, kerana Dia juga melapangkan rahmat-Nya untuk mereka.

Berikan peluang, luaskan medan maaf. Jangan pantas melenting. Jangan merajuk, dan jangan bersedih. Kita sedang berurusan dengan manusia. Perlukan toleransi, tolak ansur dan berlapang dada.

Jangan kerana silapnya yang beberapa, kita sisihkannya seakan dia ahli neraka.

Jangan.

Lihatlah Allah Yang Maha Penyayang itu. Bagaimana Dia berursan dengan manusia. Tidakkah anda lihat banyak kelapangan, kelonggaran yang Allah berikan untuk insan?

Contoh paling baik adalah, Allah mengutuskan Rasul itu dari kalangan manusia. Allah tidak menjadikan Jibril sebagai rasul kepada manusia. Hal ini kerana, Allah faham betapa manusia ini perlu pendidikan secara praktikal. Bagaimana mungkin manusia boleh mencontohi malaikat yang apabila Allah kata sekian, tanpa cepat sesaat, lewat sesaat, arahan itu akan dilaksanakan dengan penuh taat?

Kita juga melihat, Allah menyediakan keampunan yang sangat luas untuk insan. Kenapa? Kerana Allah tahu betapa manusia ini banyak silapnya.

Itu kelapangan Allah, empunya segala apa yang wujud di dunia.

Maka, di mana hak kita untuk membenci manusia yang berbuat kesilapan? Di mana hak kita untuk mencaci pula sekolahnya, agamanya, peribadinya yang baik sebelum kesilapannya itu?

Ya, kita benci kesilapannya, kesalahannya, keingkarannya. Tetapi kita tidak sesekali benci pada dia. Malah kita berhajat memahaminya, membimbingnya.

Sebab dia adalah manusia, seperti kita.

Semoga kita saling memahami, saling mendalami. Pecahkan tembok keegganan, buka seluas-luasnya tawaran kemaafan.