AWAL KALAM
Monday, September 24, 2012
::- HIDAYAH MILIK ALLAH-::
Sheikh al-Maraghi berkata:
“Sesungguhnya Allah SWT menerangkan bukti-bukti kekuasaan-Nya, menarik perhatian golongan pengingkar agar memerhatikan tanda-tanda kekuasaan dan kemampuan-Nya mengatur alam ini, kemudian Dia mencela keingkaran dan kegagalan mereka dalam kebatilan dengan hujah yang terang dan bukti jelas, lalu disusuli dengan perintah-Nya kepada Rasulullah SAW agar mengingatkan mereka dengan bukti-bukti ini yang tidak perlu diragukan lagi”.
Firman Allah SWT:
Oleh itu berikanlah sahaja peringatan (wahai Muhammad, kepada manusia, dan janganlah berdukacita kiranya ada yang menolaknya), kerana sesungguhnya engkau hanyalah seorang Rasul pemberi ingatan. (Al-Ghasyiyah : 21)
Ibn Kathir berkata:
“Iaitu beri peringatanlah kepada manusia dengan apa yang aku utuskan kepada mereka”.
Monday, December 12, 2011
ARKANU AD DAKWAH

Rukun-rukun dakwah
1. Tajuk dakwah (Maudu’ adda’wah)
2. Pendakwah (Adda’ie)
3. Orang yang di dakwah (Almad’u)
4. Cara dakwah (Uslubudda’wah)
Apa yang di maksud dengan dakwah ialah dakwah kerana Allah. Maksud dakwah kerana Allah itu ialah dakwah kepada agamaNya iaitu Islam. (Susungguhnya agama di sisi Allah (diterimaNya) ialah Islam) yang mana nabi Muhammad saw membawa agama ini daripada Allah swt. Maka Islam ialah Tajuk dakwah (Maudu’ adda’wah) dan hakikatnya atau pon kebenarannya. Dan ini ialah rukun (usul) pertama dalam dakwah. Sesungguhnya Rasulullah saw yang mulia ini menyampaikan agama Islam yang bersifat agung dengan sebaik-baik penyampaiannya, menyempurnakannya dan berterusan menyeru kerana Allah sejak Allah memuliakannya dengan mengutuskan Muhammad sebagai rasulNya, sehingga baginda berpindah di sisiNya, yakni wafat. Dan demikianlah Allah mengutuskannya seraya berfirman yang bermaksud: “wahai nabi (Muhammad) sesunguhnya kami mengutuskan kamu sebagai pengsaksi, pembawa berita gembira dan orang yang member peringatan dan menjadi pendakwah kerana Allah dengan izinNya". Oleh itu, Rasulullah saw ialah pendakwah pertama yang menyeru kepada Islam. Maka pendakwah (Adda’ie) adalah rukun yang kedua bagi dakwah.
Golongan yang didakwah atau pon diseru kepada kebaikan oleh Rasulullah saw kepada Islam yang menyampaikan risalah baginda kepada mereka ialah orang-orang arab dan orang lain kerana risalahnya itu ialah umum kepada semua manusia tanpa menghadkan keatas orang arab sahaja sebagaimana firman Allah yang bermaksud:“Dan tidak kami utuskan kamu wahai Muhammad, kecuali sebagai orang yang membawa khabar gembira dan pemberi peringatan kepada semua manusia”. Maka orang yang diseru kepada Islam, orang yang di dakwah (Almad’u), ialah rukun yang ketiga bagi dakwah tersebut.
Sesungguhnya Rasulullah berdiri dengan dakwah itu kepada Islam dengan menggunakan medium-medium, cara-cara dan kaedah-kaedah yang tertentu yang mana Allah mewahyukan cara-cara itu kepada baginda tepat didalam Al-Quran dan sunnah nabi yang mulia. Dan cara-cara yang digunakan baginda untuk berkomunikasi dengan orang arab itu. ie. cara dakwah (Uslubudda’wah) ialah rukun yang keempat bagi dakwah.
Sebagaimana yang kita tahu setiap muslim wajib berdakwah kepada ajaran Islam kerana dakwah itu ialah fardu ain yang diwajibkan oleh setiap muslim, lebih-lebih lagi kita hidup sebagai umat nabi Muhammad saw, umat yang terpilih sememangnya perlu menjalankan dakwah untuk menyeru kepada kebaikan dan mencegah perkara mungkar. Sebagaimana yang telah diterangkan didalam kitab Ibnu Taimiah yang bertajuk Amar Ma’ruf dan Nahi Mungkar yang menerangkan firman Allah yang bermaksud:
“Dan hendaklah ada diantara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebaikan, menyuruh kepada yang ma’ruf dan mencegah dari yang mungkar. Merekalah orang-orang yang beruntung (berjaya).”
Surah Ali-Imran, Ayat 104.
Dan;
“Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada ma’ruf dan mencegah dari yang mungkar, dan beriman kepada Allah. Sekiranya ahli kitab beriman tentulah itu yang lebih baik bagi mereka diantara mereka ada yang beriman dan kebanyakan mereka adalah orang-orang yang fasik.”
Surah Ali-Imran, Ayat 110.
Berdasarkan dua dahlil kuat ini, menunjukkan kepada kita bahawa dakwah ini amatlah penting yang menjadi tuntutan ummah untuk melahirkan generasi- generasi Islam yang mapan aqidah mereka menjalankan dakwah seharian untuk menjadi insan yang bertakwa kepada Allah (Rabuljalil).
Walaubagaimanapon harus diingat bahawa, seorang pendakwah tidak boleh menjalankan ibadah dakwah itu, tanpa mengetahui asas-asas dakwah tersebut atau tidak cukup ilmu agamanya menyebabkan sebahagian umat Islam yang lain tidak boleh menerima hasil dakwah dan teguran mereka. Hal ini demikian kerana para pendakwah pada era globalisasi ini tidak mempunyai asas yang kukuh serta bukti yang nyata untuk menyampaikan risalah yang telah diamanahkan oleh baginda saw kita. Malahan mereka suka berdakwah dan menyampaikan ajaran Islam yang suci ini supaya orang lain mengikuti ajaran tersebut tetapi mereka sendiri tidak mengamalkannya. Sifat ini tidak disukai oleh Rasulullah dan telah ditegur oleh Allah sebagaimana firmannya:
“Wahai orang-orang beriman, kenapa kamu berkata sedangkan kamu tidak buat”
Sebab itu lah terdapat sebahagian pendakwah atau ulamak yang selalu menyebut didalam ceramah atau pon dakwahnya “dan saya berpesan kepada semua orang Islam dan juga diri saya sendiri”, ini lah yang dipanggil tazkirah iaitu memberi peringatan kepada orang lain dan juga diri kita sendiri supaya tidak lupa dan alpa akan tujuan dan matlamat kita sebagai seorang pendakwah yang tidak terlepas juga dalam melaksanakan apa yang disampaikan.
Firman Allah swt:
“…dan berilah peringatan, sesungguhnya memberi peringatan itu bermanfaat kepada orang-orang mukmin”
Kesimpulannya, dakwah itu adalah suatu kewajipan bagi setiap muslim dan seharusnya mengingatkan diri sendiri bahawa dakwah yang disampaikan adalah untuk semua orang dan tidak terlepas kepada diri sendiri juga.
wallahua'lam.
Sumber:
1. Dr. Abdul Karim Zaidan. “Usulubudakwah”, Muka surat 5.
2. Ibnu Taimiah. “Amar Ma’ruf dan Nahi Mungkar”.
3. Tafsir Al-Quran
Sunday, October 23, 2011
...Menjadi Yang Terbaik!......
Bismillah..
sedikit perkongsian..
buat wanita solehah di luar sana^^..
semoga bermanfaat..
Menjadi yang terbaik!..
Sementara Rasulullah SAW sendiri sebagai tauladan unggul, sentiasa mencetus galakan dan saranan agar umatnya berusaha untuk menjadi yang terbaik, yang paling dikasihi dan seumpamanya sebagaimana yang dinyatakan di dalam rantaian mutiara hadis-hadis baginda.
Antaranya :
1. “Orang yang paling baik di kalangan kamu ialah orang yang paling baik (pergaulannya) dengan ahli keluarga dan aku adalah yang terbaik dari kalangan kamu dalam pergaulan dengan ahli keluargaku.” ( Hadis riwayat Ibnu Majah dan Ibnu Hibban).
Antaranya :
1. “Orang yang paling baik di kalangan kamu ialah orang yang paling baik (pergaulannya) dengan ahli keluarga dan aku adalah yang terbaik dari kalangan kamu dalam pergaulan dengan ahli keluargaku.” ( Hadis riwayat Ibnu Majah dan Ibnu Hibban).
2. “Hal terbaik bagi seorang mukmin setelah ketaqwaan pada ALLAH SWT adalah (memiliki) seorang isteri solehah, iaitu yang patuh jika disuruh, menyenangkan bila dipandang, membenarkan jika suami bersumpah atasnya, dan pandai menjaga diri dan harta jika suami tidak ada.”( Hadis riwayat Thabrani dari Abdullah bin Salam )
3. "Dunia ini adalah perhiasan, dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita yang solehah." (Hadis riwayat Muslim)
4. "Yang terbaik daripada wanita di dunia, ada empat: Maryam binti 'Imran, Khadijah binti Khuwailid, Fatimah binti Muhammad dan Asiah isteri Firaun." ( Hadis riwayat Ahmad )
5. “Yang terbaik daripada kaum muslimin adalah yang menahan tangan dan lidahnya ( dari menyakiti ) Muslim yang lain." ( Hadis riwayat Muslim )
Dan banyak lagi hadis-hadis yang menganjurkan sedemikian.
Dan buat para muslimah yang sudah bergelar isteri.Saya percaya, usaha yang ikhlas kerana ALLAH SWT dari seorang isteri untuk ketenangan dan kedamaian suami di rumah, pasti akan diberikan ganjaran yang melimpah ruah dari sisi-NYA. Sebagaimana kata-kata suami kepada saya tatkala menegaskan pandangannya tentang hubungan suami isteri :
3. "Dunia ini adalah perhiasan, dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita yang solehah." (Hadis riwayat Muslim)
4. "Yang terbaik daripada wanita di dunia, ada empat: Maryam binti 'Imran, Khadijah binti Khuwailid, Fatimah binti Muhammad dan Asiah isteri Firaun." ( Hadis riwayat Ahmad )
5. “Yang terbaik daripada kaum muslimin adalah yang menahan tangan dan lidahnya ( dari menyakiti ) Muslim yang lain." ( Hadis riwayat Muslim )
Dan banyak lagi hadis-hadis yang menganjurkan sedemikian.
Dan buat para muslimah yang sudah bergelar isteri.Saya percaya, usaha yang ikhlas kerana ALLAH SWT dari seorang isteri untuk ketenangan dan kedamaian suami di rumah, pasti akan diberikan ganjaran yang melimpah ruah dari sisi-NYA. Sebagaimana kata-kata suami kepada saya tatkala menegaskan pandangannya tentang hubungan suami isteri :
“…..hasil dari ketenangan di rumah, suami akan melihat dunia sebagai amanah yang dÃgalas atas nama ALLAH, dan bukan sebagai habuan kepada nafsu yang
bermaharajalela. Dunia baginya merupakan tempat untuk membalas kebaikan
keluarga, lalu dia menjadi seorang lelaki yang baik dan soleh….”
- Indahnya Hidup Andai Bersyariat-
Subscribe to:
Posts (Atom)



