Subhanallah, hanya tinggal beberapa hari lagi kita akan menyambut Ramadhan Karim.. Bulan yang penuh dengan Keberkatan... Walaupun belum masuk bulan ramadhan, tetapi kehangatan dan zuk bulannya sudah di rasai...
Sebagaimana yang kita tahu, Ketibaan Ramadhan iaitu pesta ibadah, bulan yang penuh keberkatan Inilah yang ditunggu - tunggu oleh kita umat islam...=)
Inilah peluang terbaik kita untuk beramal ibadah , bermuhasabah diri, memperkuatkan anggota jasmani, rohani dan tingkah laku kita.
Umat Islam diwajibkan berpuasa sebulan ketika Ramadan seperti yang termaktub di dalam al-Quran yang bermaksud: "Bulan Ramadan yang padanya diturunkan al-Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan perbezaan (antara yang benar dan salah). Oleh itu, sesiapa antara kamu hadir pada bulan itu, maka hendaklah dia berpuasa pada bulan itu... (Surah al-Baqarah ayat 185)
0 comments:
Post a Comment