Monday, April 5, 2010

171 - Bersedekap Dua Tangan Di Atas Dada Ketika Qiyam Dalam Solat (Berdasarkan Mazhab Syafi'e)

__________________________________________________________________________________



Hadis/dalil:

Dari Wa’il B. Hujr (radhiyallahu 'anhu), beliau berkata:

صليت مع رسول الله صلى الله عليه واله وسلم فوضع يده اليمنى على يده اليسرى على صدره

Terjemahan: Aku telah bersolat bersama Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam, lalu beliau meletakkan tangan kanannya di atas tangan kirinya di atas dada beliau. (Hadis Riwayat Ibnu Khuzaimah. Hadis ini digunakan oleh ulama Syafi'iyah sebagai hujjah dalam persoalan ini sebagaimana yang akan dibawakan di bawah)

كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَضَعُ يَدَهُ الْيُمْنَى عَلَى يَدِهِ الْيُسْرَى ثُمَّ يَشُدُّ بَيْنَهُمَا عَلَى صَدْرِهِ وَهُوَ فِي الصَّلَاةِ

Terjemahan: Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam meletakkan tangan kanannya di atas tangan kirinya, kemudian bersedekap merapikan kedua tangannya di atas dada ketika solat. (Hadis Riwayat Abu Daud, Sunan Abi Daud, 2/415. Rujuk penjelasan: al-Albani, Shohih Sunan Abi Daud, 3/344, no. 737. Dari Thawus)

Imam Muhammad B. Ismail ash-Shan’ani (rahimahullah) berkata:

والحديث دليل على مشروعية الوضع المذكور في الصلاة ومحله على الصدر كما أفاد هذا الحديث وقال النووي في المنهاج: ويجعل يديه تحت صدره قال في شرح النجم الوهاج: عبارة الأصحاب تحت صدره يريد والحديث بلفظ على صدره قال وكأنهم جعلوا التفاوت بينهما يسيرا وقد ذهب إلى مشروعيته زيد بن علي وأحمد بن عيسى وروى أحمد بن عيسى حديث وائل هذا في كتابه الأمالي وإليه ذهبت الشافعية والحنفية

Terjemahan: Dan hadis ini (Hadis Wa’il B. Hujr) adalah dalil yang menunjukkan disyari’atkan meletakkan tangan kanan di atas tapak tangan kiri bertepatan dengan apa yang digambarkan serta meletakkannya pada (di atas) dada sebagaimana dijelaskan oleh hadis tersebut.

An-Nawawi (Imam an-Nawawi rahimahullah) menjelaskan di dalam al-Minhaj:

“Lalu memposisikan kedua tangannya di bawah dadanya.”

Kemudian ia menyebutkan di dalam syarahnya, an-Nahwu al-Wahhaj:

“Ungkapan para sahabat kami “di bawah dada” adalah dari makna lafaz hadis “‘Ala Shadrihi” (pada dadanya), seakan-akan mereka menganggap bahawa perbezaan di antara keduanya hanyalah sedikit.”

Dan inilah pendapat Zaid B. ‘Ali dan ahmad B. ‘Isa, Ahmad B. ‘Isa meriwayatkan hadis (Wa’il B. Hujr) di dalam kitab al-Amali, dan itulah pendapat asy-Syafi’iyah dan al-Hanafiyyah. (Rujuk: ash-Shan’ani, Subulus Salam, 1/169)

Al-Baihaqi (rahimahullah) meletakkan satu bab:

باب وضع اليدين على الصدر في الصلاة من السنة

Terjemahan: Bab meletakkan dua tangan di atas dada di dalam solat adalah sunnah. (al-Baihaqi, Sunan al-Kubra lil-Baihaqi, 2/410)

Dari Imam an-Nawawi (rahimahullah):

وَجَعْلُ يَدَيْهِ تَحْتَ صَدْرِهِ آخِذًا بِيَمِينِهِ يَسَارَهُ

Terjemahan: Dan meletakkan (sedekap) kedua tangannya di bawah dada, dengan tangan kanan di atas tangan kiri. (Imam an-Nawawi, al-Minhaj, 1/33, Bab: sifat solat, Maktabah Syameelah)

قد ذكرنا ان مذهبنا ان المستحب جعلهما تحت صدره فوق سرته

Terjemahan: Sebagaimana yang telah kami jelaskan bahawa mazhab kami memustahabkan meletakkan kedua tangan di bawah dada di atas pusat. (al-Majmu’ Syarah al-Muhazzab, 3/313)

Imam Muhammad B. ‘Ali asy-Syaukani (rahimahullah) berkata:

والحديث استدل به من قال أن الوضع يكون تحت السرة وهو أبو حنيفة وسفيان الثوري وإسحاق بن راهويه وأبو إسحاق المروزي من أصحاب الشافعي . وذهبت الشافعية قال النووي وبه قال الجمهور إلى أن الوضع يكون تحت صدره فوق سرته

Terjemahan: Mereka yang berpegang dengan hadis ini bahawasanya bersedekap adalah di bawah pusat, dan mereka adalah Abu Hanifah, sufyan ats-Tsauri, Ishaq B. Rahawaih, dan Abu Ishaq al-Marwazi dari Mazhab asy-Syafi’i. Dan majoriti mazhab asy-Syafi’iyah, berkata an-Nawawi: Jumhur asy-Syafi’iyah meletakkan tangan ketika bersedekap adalah di bawah dada di atas pusat. (Nail al-Authar, 2/203)

Imam an-Nawawi (rahimahullah) berkata:

من السنة في الصلاة وضع الكف على الاكف تحت السرة - واحتج اصحابنا بحديث وائل بن حجر قال " صليت مع رسول الله صلى الله عليه وسلم فوضع يده اليمني على يده اليسرى علي صدره " رواه أبو بكر بن خزيمة في صحيحه

Terjemahan: Apa yang disunnahkan di dalam solat adalah menempatkan/memposisikan sedekap kedua tangan di bawah pusat - Mazhab kami mengikuti/bersandar kepada hadis Wa’il B. Hujr (iaitu beliau berkata):

Aku telah bersolat bersama Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam, lalu beliau meletakkan tangan kanannya di atas tangan kirinya di atas dada beliau. Hadis Riwayat Abu Bakr Ibn Khuzaimah di dalam Shohihnya. (Rujuk: an-Nawawi, al-Majmu’ Syarah al-Muhazzab, 3/313)

وعن هلب الطائي رضي الله عنه قال كان رسول الله صلى الله عليه و سلم يؤمنا فيأخذ شماله بيمينه رواه الترمذي وقال حديث حسن وفي المسألة أحاديث كثيرة ودليل وضعهما فوق السرة حديث وائل بن حجر قال صليت مع رسول الله صلى الله عليه و سلم ووضع يده اليمنى على يده اليسرى على صدره رواه بن خزيمة في صحيحه

Terjemahan: Dan dari Hulb ath-Tha’i radhiyallahu ‘anhu, beliau berkata:

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam pernah mengimami kami. Beliau memegang tangan kirinya dengan tangan kanannya. Diriwayatkan oleh at-Tirmidzi, dan beliau menyatakan: hadis Hasan. Selain itu, masih banyak lagi hadis yang menjelaskan persoalan ini.

Mankala dalil meletakkan keduanya di atas pusat (di bawah dada, iaitu di pertengahan di antara dada dengan pusat) adalah hadis Wa’il B. Hujr (radhiyallahu ‘anhu), beliau berkata:

Aku telah bersolat bersama Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam, lalu beliau meletakkan tangan kanannya di atas tangan kirinya di atas dada beliau. Hadis Riwayat Abu Bakr Ibn Khuzaimah di dalam Shohihnya. (Rujuk: an-Nawawi, Syarah Shohih Muslim, 4/115)

Imam an-Nawawi juga ada meletakkan bab di dalam Syarah Shohih Muslim sebagaimana berikut:

باب وضع يده اليمنى على اليسرى بعد تكبيرة الإحرام تحت صدره

Terjemahan: Bab Meletakkan Tangan Kanan di Atas Tangan Kiri di Bawah Dada (di Atas Pusat) setelah Takbiratul Ihram. (Rujuk: an-Nawawi, Syarah Shohih Muslim, 4/114)

Imam Muhammad B. ‘Ali asy-Syaukani (rahimahullah) berkata ketika mengulas beberapa pandangan yang disebutkan (dari mazhab asy-Syafi’e):

وهذا الحديث لا يدل على ما ذهبوا إليه لأنهم قالوا إن الوضع يكون تحت الصدر كما تقدم والحديث صريح بأن الوضع على الصدر وكذلك حديث طاوس المتقدم ولا شيء في الباب أصح من حديث وائل

Terjemahan: Hadis Wa’il B. Hujr sama sekali tidak menyokong pendapat mereka ini, kerana mereka berpendapat bahawa tempat bersedekap adalah di bahagian bawah dada, manakala hadis Wa’il B. Hujr secara jelas/terang menyebutkan tempatnya adalah di atas dada. Begitulah juga dengan hadis Thawus yang terdahulu. Dan tidak ada satu pun hadis yang lebih sahih dari hadis Wa’il B. Hujr ini. (Asy-Syaukani, Nail al-Authar, 2/203)

Untuk penjelasan hadis-hadis yang lain berkaitan dengannya (yang memperkuatkan pendapat ini) anda bolehlah merujuk kepada karya susunan Syaikh Muhammad Nashiruddin al-Albani (rahimahullah) berjudul:

0 comments:

Post a Comment