السلام على من اتبع الهدى
بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله رب العالمين وبه نستعين على أممور الدنيا والدين
والصلاة والسلام على أشرف الأنبيآء والمسلين وعلى آله وصحبه أجمعين ، وبعد
Setiap warga memerlukan solat tahajjud untuk mendekatkan diri kepada Allah swt yang maha esa. Seorang insan remaja yang baru menatah usia di saat ia gundah gulana, di kala ia merintih kerisauan maupun kerana bebanan penderitaan yang ditanggungnya, maka solat tahajjud sungguh mendatangkan makna.
Memang setiap kesempitan, setiap kepayahan hidup, setiap kekurangan itu bahkan sebenarnya merupakan satu anugerah Ilahi yang mempunyai erti tersendiri yang amat istimewa.
Allah swt mencintai mereka, dengan syarat yang amat sederhana, iaitu agar mereka bersabar. Agar mereka dengan penuh rendah hati, khusyuk dan tawaduk menyembah Allah seperti mana perintah yang telah dimeteraikan oleh tinta Ilahi di dalam taqdirnya jua.
Setelah usai solatnya itu, tadahlah jemari tersusun memanjatkan doa dengan penuh takut dan mengharapkan keampunan dan rahmatNya jua, walau hanya setitis keredhaannya agar dengan izin dan redha Allah swt itu, segala bencana dan kesengsaraan yang ditaqdirkan akan rebah dan menjelmalah pula kebahagian nan gemilang.
Jika taqdir ilahi nun lebih berat kepada kebaikan, maka kebaikanlah yang akan nan kita terima jua. Namun bukan kan begitu hajatnya Ilahi, mendatangkan keperitan pada manusiawi. Bukan kan begitu tawakkal dinamai. Tetapi tawakkal dengan doa, dengan amal dan usaha maka sebegitulah anugerah Ilahi.
Bahkan Allah swt pun akan semakin jatuh cinta bertambah lagi kepada mereka nan remaja jika mereka dapat mengatasi kesukaran yang merintangi.
Remaja yang berjiwa besar akan sentiasa menghirup udara yang bersih setelah menjelang dewasa. Remaja yang berhati waja akan sanggup mengharungi lautan duri rintangan hidup yang walang.
Namun mampukah semua remaja yang amat disayang untuk menyahut pekikan sang pemimpin atasan. Di manakah kekuatan jiwa dan hati waja itu akan didapati jika tidak dari Yang Maha Pemberi iaitu dari Allah swt?
Kekuatan hati dan kekekalan jiwa dan pemikiran yang cerdik bukanlah suatu santapan yang bernilai percuma. Ianya bukan juga milik insan semua. Namun aduhai, kita tidak sanggup hidup dalam neraka. Kita juga tidak mahu ditaqdirkan sebagai pengisi neraka. Maka di manakah lagi tempat adik-adik yang di sayangi memohon dengan penuh takut dan risau? Di manakah lagi tempat berdoa dengan penuh mengharapkan syurga dan percaya kepada Allah swt amat mudah melakukannya. Serta tawdhuk yang bukan sandiwara, jika tidak di saat solat tahajjud.
Buatlah dulu solat malam yang mudah sebelum tidur di ikuti dengan solat witir. Allah swt maha tahu bahawa manusiawi menanggung beban yang berat di siang hari. Ada yang sakit, ada pula yang musafir.
Di malam hari, bersolatlah dengan menangis kesalahan-kesalahan yang terlanjur di samping menangisi keperluan jagaan Allah swt setiap masa. Tangisilah untuk mendapatkan pilihan yang dikehendaki.
Ketahuilah bahawa Nabi-Nabi dan para auliya Allah amat suka menjaga maruah mereka di hadapan Allah swt dalam berdoa. Mereka berdoa bukanlah untuk mendapatkan duniawi. Tetapi ukhrawi.
Jika bersolat tahajjud, janganlah untuk mendapatkan pahala semata-mata. Tetapi bersolatlah untuk mendapatkan rahmat dan keredhaan Allah swt. Sesungguhnya pahala dari Allah swt itu tidak ternilai banyaknya bagi siapa nan sudi menjumpaiNya berkasih sayang denganNya seorang diri di malam hari.
Hiruplah udara segar tengah malam sebelum tidur dengan berpamitan terlebih dulu pada Yang Maha Pencipta. Bayangkanlah dan hayatilah dengan secara perlahan-lahan satu persatu setiap bacaan yang keluar dari dua bibir dan lidah lembut para remaja.
Ingatlah bahawa setiap kalimat yang kita baca itu akan diberikan ganjaran 100 nan pahala pada setiap huruf. Kalau huruf-huruf dari ayat dan zikir yang remaja baca dalam solat berjumlah 1000 huruf, maka pahala nan akan di terimai akan berjumlah seratus ribu (100 000) pula. Namun bukankah bukan itu sahaja pahala yang akan diberikan. Kerana itupun baru saja pahala mengenai bacaan.
Menangislah dan merintihlah di hadapan yang maha pencipta seperti mana kamu tidak malu menangis dan merintih di hadapan ibu dan ayah kamu di zaman kamu kanak-kanak. Dengan rintihan itu, dengan tangisan itu, manakan ayah dan ibu kamu dapat menahan dari mendengarnya bertalu-talu. Bukankah itu satu ilmu yang baru kamu tempuhi dan pelajari sedikit masa lalu.
Di dalam kamu berdoa, di saat kamu merintih, maka bayangkanlah juga hajat yang kamu pinta itu sudahpun nan ada di dalam gengaman kecil kamu. Kerana Allah swt akan lebih memperkenankan doa bagi sesiapa yang mahu berfikir. Bahkan Allah lebih banyak memberi mengikut apa kita fikirkan.
Jika kamu ingin lulus ujian peperiksaan dengan cemerlang, maka setelah solat tahajjud, berdoalah dengan sepenuh hati, menangis dan merintih dan kemudian bayangkanlah kamu telah lulus ujian berat itu. Insya Allah hati kamu akan lebih dibukakan oleh Allah swt untuk menjawab soalan dengan lebih baik dari biasa. Setelah tidur sekejap, maka bangunlah dan bacalah buku kamu. Ilmu akan lebih mudah masuk ke otak ketika bangun dari tidur.
Maka jika kamu ingin mendapat sesuatu nan lain pula. Maka lakukanlah jua amalan serupa. Insya Allah kamu akan mendapatinya.
Jika kamu gagal, maka menangislah dan merintihlah pada Allah swt sekali lagi, bahkan pada setiap hari walaupun Allah swt sudah menganti. Maka bermohonlah agar Allah swt mengantinya dengan habuan yang lebih baik lagi di dunia dan akhirat.
0 comments:
Post a Comment