Adab Dalam Khilaf Ulamak 14
Dimasukkan oleh IbnuNafis Label: Adab Dengan Khilaf Ulamak, Faham Tentang Fiqh الاختلاف فى دلالة النص على مفهومه المخالف
Ketujuh : الاختلاف فى القراءت فى القرآن الكريم
(Khilaf Tentang Qiraat Dalam al-Quran al-Karim)
Kelapan : الاختلاف بسبب تعارض الادلة
(Khilaf Disebabkan Percanggahan Dalil-dalil)19
KAEDAH MENANGANI MASALAH KHILAFIYYAH
Oleh yang demikian, umat Islam harus menerima kenyataan di atas kerana khilaf dalam perkara ijtihad dan hukum yang berasaskan ke-pada dalil-dalil zanni adalah suatu perkara yang tabi’iy bahkan pastiberlaku sebagaimana yang dinyatakan dalam sebab-sebab khilaf sebelumini.
Seruan untuk menyatukan mazhab-mazhab fiqh adalah suatu yang lucu, justeru memaksa orang lain meleburkan atau mengorbankan pandangan ijtihadnya untuk berada dalam satu mazhabsahaja. Ini tidak mungkin bahkan ianya bercanggah dengan konsep dan tuntutan ijtihad kerana seorang yang mampu berijtihad dan beramal dengan hukum yang dihasilkan oleh ijtihadnya bahkan tidak harus ia bertaqlid atau berpaling dari mazhabnya kepada pendapat orang lain.
Sementara orang awam pula wajib bertaqlid kepada mana-mana mazhab dan pendapat ulama’ mujtahidin yang menjadi pilihannya.
ADAB AL-IKHTILAF
Sebagai seorang muslim, kita perlu menghayati akhlak-akhlak Islamiyyah dalam semua keadaan sebagaimana yang diajar kepada kita oleh Islam dalam al-Quran dan al-Sunnah. Adapun adab atau etika dalam berhadapan dengan masalah-masalah khilafiyyah khususnya bagi kita yang bukan ulama’ mujtahidin perlu sekali diberi penekanan agar tidak menimbulkan porak peranda dan kecelaruan dalam masyarakat.
Justeru itu penulis merasakan penting perkara ini diberi perhatian sewajarnya.
1. Setiap orang mesti membersihkan dirinya dari sebarang sentimen ta’asub mazhab secara buta tuli kerana mazhab bukanlah sebagai faktor memecahbelahkan Islam dan bukan sebagai agama-agama yang menasakhkan Syariat Islam, bahkan ia merupakan sebagai aliran pentafsiran dan pemahaman Syariah. Ia juga merupakan metod dan kaedah dan kaedah penyelidikan dan kajian ilmiah dalam mengistinbat hukum.
18
19 Ibid, hal : 33-40

Suatu perkara yang perlu diketahui bahawa hukum-hukum fiqh ada yang disepakati para imam mujtahidin, ada yang hanya disepakati dikalangan ulama’-ulama’ mazhab berkenaan sahaja, ada yang berlaku khilaf di antara imam-imam mujtahidin dan ada juga berlaku khilaf dikalangan ulama’-ulama’ dalam mazhab yang sama.
Oleh yang demikian, umat Islam harus menerima kenyataan di atas kerana khilaf dalam perkara ijtihad dan hukum yang berasaskan ke-pada dalil-dalil zanni adalah suatu perkara yang tabi’iy bahkan pastiberlaku sebagaimana yang dinyatakan dalam sebab-sebab khilaf sebelumini.
Seruan untuk menyatukan mazhab-mazhab fiqh adalah suatu yang lucu, justeru memaksa orang lain meleburkan atau mengorbankan pandangan ijtihadnya untuk berada dalam satu mazhabsahaja. Ini tidak mungkin bahkan ianya bercanggah dengan konsep dan tuntutan ijtihad kerana seorang yang mampu berijtihad dan beramal dengan hukum yang dihasilkan oleh ijtihadnya bahkan tidak harus ia bertaqlid atau berpaling dari mazhabnya kepada pendapat orang lain.
Sementara orang awam pula wajib bertaqlid kepada mana-mana mazhab dan pendapat ulama’ mujtahidin yang menjadi pilihannya.
ADAB AL-IKHTILAF
Sebagai seorang muslim, kita perlu menghayati akhlak-akhlak Islamiyyah dalam semua keadaan sebagaimana yang diajar kepada kita oleh Islam dalam al-Quran dan al-Sunnah. Adapun adab atau etika dalam berhadapan dengan masalah-masalah khilafiyyah khususnya bagi kita yang bukan ulama’ mujtahidin perlu sekali diberi penekanan agar tidak menimbulkan porak peranda dan kecelaruan dalam masyarakat.
Justeru itu penulis merasakan penting perkara ini diberi perhatian sewajarnya.
1. Setiap orang mesti membersihkan dirinya dari sebarang sentimen ta’asub mazhab secara buta tuli kerana mazhab bukanlah sebagai faktor memecahbelahkan Islam dan bukan sebagai agama-agama yang menasakhkan Syariat Islam, bahkan ia merupakan sebagai aliran pentafsiran dan pemahaman Syariah. Ia juga merupakan metod dan kaedah dan kaedah penyelidikan dan kajian ilmiah dalam mengistinbat hukum.
18
19 Ibid, hal : 33-40
Adab Dalam Khilaf Ulamak 13
Dimasukkan oleh IbnuNafis Label: Adab Dengan Khilaf Ulamak, Faham Tentang Fiqh ٤. الاختلاف فى حمل المطلق على المقيد
٥. الاختلاف فى حمل اللفظ على الحقيقة أو على المجاز
٦. الاختلاف فى حمل عام القرآن السنة المتواترة على الخاص نخبر الأحاد
٧. الاختلاف فى عموم المقتضى
٨. الاختلاف فى دلالة النص على فحوى الخطاب
٩. الاختلاف فى رجوع الاستثناء الوارد بعد جمل مفيدة هل يرجع الى جميعها الى آخ

Adab Dalam Khilaf Ulamak 12
Dimasukkan oleh IbnuNafis Label: Adab Dengan Khilaf Ulamak, Faham Tentang Fiqh Sekiranya sanad hadis itu tidak berhubung dalam ertikata hadis mursal, mazhab Syafi’i menerima pakainya dengan syarat ianya daripada mursal kibar al-tabi’in seperti perawinya Sa’id bin al-Musayyib dan mempunyai sanad daripada riwayat lain atau hadis itu selaras dengan kata-kata sahabat atau difatwakannya oleh kebanyakan sahabat. Namun begitu bagi mazhab Ahmad bin Hanbal pula hadith mursal tetap diambil dan diterima pakai apabila tidak ada pada bab yang berkenaan hadis yang berhubung sanadnya.18
Keenam :
الاختلاف فى القواعد الأصولية
(Perbezaan Tentang Beberapa Qawa’id Usuliyyah)
Qawa’id Usuliyyah ialah prinsip-prinsip, metod, manhaj, cara dan kaedah-kaedah yang digubal oleh para mujtahidin sebagai panduan untuk melakukan istinbat hukum-hukum Syara’. Para ulama’ fiqh akan iltizam dengannya bagi mengambil hukum-hukum Syara’ daripada dalil-dalilnya yang tafsili. Khilaf dalam Qawa’id Usuliyyah adalah di antara faktor-faktor yang menyumbangkan khilaf dalam hukum-hukum furu’.
Qawa’id Usuliyyah ini sebahagian merujuk kepada bahasa Arab dan sebahagian yang lain merujuk kepada akal. Di antara contoh-contoh khilaf tentang Qawa’id Usuliyyah adalah seperti berikut:
18 Ibid.
١. الاختلاف فى تحديد معنى اللفظ المشترك
٢. الاختلاف فى حمل الأمر على الوجوب أو على الندب
٣. الاختلاف فى حمل النهي على التحريم أو الكراهة

Adab Dalam Khilaf Ulamak 11
Dimasukkan oleh IbnuNafis Label: Adab Dengan Khilaf Ulamak, Faham Tentang Fiqh Kelima : الاختلاف فى الشروط التى يجب توافرها فى الحديث
الصحيح الذى يجوز الاحتجاج به
(Perbezaan Tentang Syarat-syarat Yang Wajib Dipenuhi Pada Hadis Sahih Yang Boleh Dijadikan Hujah)
Al-Hanafiyyah telah meletakkan syarat bagi beramal dengan Hadith Ahad; hendaklah perawi itu tidak beramal menyalahi apa yang diriwayatkannya, tajuk hadis itu bukan daripada perkara yang umum balwa dan hendaklah hadis itu tidak menyalahi konsep al-qiyas dan dasar-dasar umum dalam Islam khususnya apabila perawi itu bukan seorang yang faqih.
Sementara al-Malikiyyah mensyaratkan Khabar Ahad itu hendaklah selari dengan amal ahl al-Madinah, kerana ianya sama seperti periwayatan daripada Rasulullah s.a.w, sedangkan riwayat orang ramai lebih berhak diamalkannya daripada riwayat seorang sahaja. Lagipun penduduk Madinah lebih mengetahui yang terakhir warid daripada Rasulullah s.a.w.17
Jumhur fuqaha’ pula yang terdiri daripada al-Syafi’iyyah, al-Hanabilah,
al-Zahiriyyah, al-saja’fariyyah dan sebahagian fuqaha’ mazhab lain berpendapat yang pentingnya wajib beramal dengan hadith Ahad itu ialah apabila riwayatnya itu sahih dan berhubung sanadnya dengan Rasulullah s.a.w, maka hendaklah diistinbatkan hukum daripadanya serta dijadikan sebagai sumber perundangan Islam.
Sumber Rujukan :
17 Ibid, hal : 31-32

Adab Dalam Khilaf Ulamak 10
Dimasukkan oleh IbnuNafis Label: Adab Dengan Khilaf Ulamak, Faham Tentang Fiqh akan memberi fatwa berdasarkan hadis-hadis yang ada pada mereka , jika sesuatu perkara itu tidak ada hadis pada mereka sebagai rujukan mereka akan berijtihad, kadangkala ijtihad mereka menepati hadis dan adakalanya tersalah.
Namun demikian Allah s.w.t telah menyediakan untuk umat ini beberapa tokoh yang mempunyai cita-cita yang tinggi, azam yang kuat dan niat yang bersih, mereka menjelajah seluruh dunia Islam merentasi timur dan barat bagi mengumpulkan sunnah Rasulullah s.a.w dan menyusunnya dalam kitab-kitab al-Sihah, al-Masanid dan al-Ma’ajim.
Sebahagiannya masyhur dikenali ramai dan sebahagiannya tidak masyhur, kesemuanya ini memudahkan untuk mengetahui sunnah Rasulullah s.a.w.
Tetapi untuk menguasai semua sunnah itu amat sulit bahkan mustahil, kerana himpunan hadis begitu banyak. Lebih-lebih lagi arah pandangan ulama’ berbeza dalam menghukum sebahagian hadis, kerana sebahagian ulama’ berpendapat beberapa hadis itu sahih sedangkan yang lain berpendapat hadis itu daif. Ini adalah satu bab yang luas perbincangannya sehingga membawa kepada berlakunya khilaf di kalangan ulama’.14
Ketiga : التفاوت فى الاحاطة بعلوم اللغة العربية
(Perbezaan Dalam Penguasaan Ilmu-ilmu Bahasa Arab)
Allah s.w.t menurunkan al-Quran dalam bahasa Arab. Firman Allah s.w.t dalam surah Taha ayat 113 :
وكذلك أنزلنه قرءانا عربيا.....
Ertinya : “Dan demikianlah Kami telah menurunkan al-Quran sebagai bacaan dalam bahasa ‘Arab......
Allah s.w.t memilih Rasul yang terakhir berbangsa Arab bahkan baginda seorang Arab yang paling fasih bahasa Arabnya. Ulama’ tidak dapat memahami al-Quran al-Karim dan al-Sunnah Rasulullah s.a.w selagimana mereka tidak memahami bahasa Arab.
Perbezaan yang nyata di kalangan ulama’ dalam memahami hukum-hukum Syara’ disebabkan perbezaan mereka memahami Lisan al-Arab, penguasaan terhadap rahsia-rahsia bahasa Arab. Dari sinilah juga akan menyumbangkan khilaf di antara ulama.15
Keempat : الاختلاف فى مدى حجية بعض المصادر الفقهية
(Perbezaan Tentang Kehujahan Beberapa Sumber Hukum)
Khilaf ulama’ dalam hukum-hukum furu’, antara faktornya ialah berlaku khilaf di antara mereka tentang kehujahan sebahagian sumber-sumber yang menjadi sandaran kepada hukum-hukum furu’. Contohnya fuqaha’ telah khilaf tentang kehujahan al-Hadith al-Mursal, al-Qiyas, al-Ijma’, al-’Urf, al-Masalih al-Mursalah, al-Istihsan dan Syar’u Man Qablana.
Setiap mereka yang berpendapat satu-satu sumber itu hujjah akan mengamalkannya dalam mensabitkan sebahagian hukum Syara’. Sementara bagi mereka yang tidak menganggapnya sebagai hujjah akan menolak dan membatalkannya serta hukum-hukum yang dibina ke atasnya selagimana tidak ada dalil yang lain.16
Sumber Rujukan :
15 Ibid. hal : 30
16 Ibid. hal : 31

Adab Dalam Khilaf Ulamak 9
Dimasukkan oleh IbnuNafis Label: Adab Dengan Khilaf Ulamak, Faham Tentang Fiqh Perbezaan-perbezaan ini mempunyai pengaruh yang besar terhadap khilaf fuqaha’. Sebahagian fuqaha’ mempunyai kemampuan yang tinggi dari segi hafazan dan kefahaman, ada di antara mereka yang hafazannya lebih baik daripada kefahamannya. Sementara yang lain pula kefahamannya lebih baik daripada hafazannya.13
Kedua : التفاوت فى الحصيلة العلمية
(Perbezaan Dalam Pencapaian Ilmu)
Di antara faktor besar yang menyumbangkan khilaf fuqaha’ ialah perbezaan
mereka dalam pencapaian ilmu, khususnya tentang al-Quran dan al-Sunnah. Apabila seorang faqih lebih pengetahuannya tentang al-Quran dan al-Sunnah, maka hukumnya lebih hampir kepada tepat.
Sementara itu ayat-ayat al-Quran terbatas bilangannya dapat dihafaz sedangkan hadis-hadis Rasulullah s.a.w pula banyak tentulah sukar dikuasai
dan dihafaznya. Ini adalah kerana ketika Rasulullah s.a.w memperkatakan
sesuatu atau melakukan sesuatu perbuatan tidak semua sahabat mendengar atau melihat apa yang baginda lakukan atau perkatakan. Maka apabila baginda wafat, sunnahnya tersimpan kepada segolongan sahabat dan tidak semua sahabat yang menghimpun sunnah itu di dalam dada atau buku masing-masing.
Para sahabat pula berlebih kurang tentang menghafaz al-Sunnah, ada di antara mereka yang menghafaz dua atau tiga hadis sahaja, sementara yang lain ada yang menghafaz beribu-ribu dan ada yang sederhana sahaja hafazannya. Ramai sahabat bertebaran di beberapa wilayah Islam, masing-masing menyebarkan sunnah yang dihafaznya kepada penduduk tempatan. Begitulah caranya ilmu dan sunnah Rasulullah s.a.w tersebar luas di seluruh wilayah Islam. Ulama’ setiap negeri itu
Sumber Rujukan :
13 Umar Sulaiman al-Asyqar dan Muhammad Othman Syabir Op cit, hal : 20. Abd al-Karim Zaidan, Op cit, hal : 277.
Perhatian
: Setiap faktor-faktor khilaf ini ada contoh-contohnya, namun untuk mengelak daripada terlampau panjang kertas ini penulis tidak memasukkannya

Adab Dalam Khilaf Ulamak 8
Dimasukkan oleh IbnuNafis Label: Adab Dengan Khilaf Ulamak, Faham Tentang Fiqh 1 (Khilaf Yang Diterima)
Perbezaan yang berlaku dalam perkara-perkara yang disyariatkan itu berbagai-bagai, cuma ulama’ berbeza pendapat tentang yang lebih afdal dan patut diutamakan sahaja seperti haji Qiran, Tamaatu’ dan Ifrad. Setiap jenis haji ini sah dilakukan walaupun mereka berselisih pendapat tentang yang lebih afdal. Demikian juga menyaringkan Basmalah dan Memperlahankannya, kedua-duanya harus yakin tidak membatalkan solat walaupun sebahagian ulama’ mengatakan sunat membaca nyaring dan sebahagian ulama’ lain
menganggapnya makruh.
الخلاف المذموم . 2
(Khilaf Yang Dicela)
Terdapat khilaf yang keji lagi dicela. Ini berpunca daripada empat
sebab:
• Kejahilan
• Kezaliman dan penderhakaan
• Mengikut hawa nafsu
• Menyalahi manhaj nabawi dalam penerimaan hukum Syara’
dan cara mengamalkannya
الخلاف الساثغ المعقول . 3
(Khilaf Yang Harus Dan Dapat Diterima Akal)
Khilaf ini ialah perbezaan yang berlaku di kalangan ulama’ mujtahidin dalam masalah ijtihadiyyah iaitu masalah yang tidak terdapat nas qat’iy. Namun demikian khilaf ini dapat diterima dengan syarat-syarat berikut:
a. Hendaklah khilaf itu berlaku di kalangan ulama’ fiqh dan orang yang berkelayakan dalam agama
b. Hendaklah ijtihad dan khilaf mereka itu dalam masalah far’iyyah yang tiada dalil-dalil qat’iy berhubung dengan hukumnya
c. Hendaklah tujuan masing-masing untuk mencapai kebenaran dan yang betul
d. Setiap orang faqih itu telah mencurahkan seluruh tenaganya bagi mencapai kebenaran Khilaf seperti ini juga berlaku di kalangan para sahabat dan tabi’in, namun demikian tidak ada seorang pun dikalangan mereka dicela kerana perbezaan yang berlaku itu, ini disebabkan masing-masing bekerja unutk mencari kebenaran, kalau tersalah ketika menuntut dan mencari kebenaran itu mereka tidak dipersalahkan bahkan dimaafkan. Ini jelas daripada sabda baginda s.a.w :
“ إذا حكم فاجتهد ثم أصاب فله أجران ، واذا حكم فاجتهد ثم
أخطاء فله أجر “ ﴿حديث رواه البخارى مسلم﴾
Ertinya : “Apabila seorang hakim hendak menjatuhkan huku man, lalu ia berijtihd dan betul ijtihadnya, nescaya mendapat dua pahala, apabila tersalah ijtihadnya maka ia mendapat satu pahala”.
SEBAB-SEBAB KHILAF
Walaupun wujud perbezaan pendapat di kalangan ulama’ mujtahidin dan masing-masing menjelaskan hujah yang menjadi sandaran kepada setiap masalah yang dihasilkan oleh ijtihad mereka, tetapi perbezaan itu tidak sedikitpun membawa kepada pulau memulau, benci mereka tanpa mengetahui dalil-dalil sandaran hukum yang mereka ijtihadkan. Dalam pada itu mereka saling hormat menghormati antara satu sama lain dan berlapang dada serta bertolak ansur dalam masalah yang mereka tidak boleh bersatu. Ini disebabkan tabiat masalahmasalah yang dalilnya tidak qat’iy, maka pasti akan berlaku khilaf.
Faktor-faktor khilafiyyah adalah seperti berikut:
Pertama : التفاوت فى العقل والفهم ولقدرة على تحصيل العلم
(Kemampuan Menguasai Ilmu Tidak Sama Dari Segi Akal Fikiran Dan Kefahaman)
Manusia berbeza sesama mereka dari segi paras rupa dan warna kulit dengan perbezaan yang nyata dan ketara. Mustahil terdapat dua orang yang serupa seratus peratus dalam semua keadaan walaupun mereka itu adalah sepasang adik-beradik kembar. Perbezaan ini sebenarnya adalah di antara tanda-tanda kekuasaan Allah s.w.t sepertimana firmanNya:
ومن ءايته خلق السموات والأرض واختلاف ألسنتكم وألوانكم، إن فى ذلك
﴾ لأيت للعالمين. ﴿سورة الروم : ٢٢
Ertinya : “Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaanNya dan kebijaksanaanNya ialah kejadian langit dan bumi, dan perbezaan bahasa kamu” dan warna kulit kamu. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan bagi orang-orang yang berpengetahuan”.
Perbezaan sesama manusia tidaklah setakat rupa paras dan warna kulit sahaja bahkan perbezaan itu menjangkau jauh lebih daripada itu kepada bakat semulajadi, persediaan, kecenderungan, aliran, akal, kecerdikan, kepintaran, tabiat, naluri dan lain-lain sifat yang membentuk hakikat batin manusia.

Adab Dalam Khilaf Ulamak 7
Dimasukkan oleh IbnuNafis Label: Adab Dengan Khilaf Ulamak, Faham Tentang Fiqh • Keempat : Apabila ikhtilaf dilarang atau dicela, maka sesiapa yang terlibat melakukannya akan dikenakan balasan seksa.
Oleh yang demikian timbul persoalan sejauhmanakah boleh berlaku ikhtilaf di antara manusia, dalam ertikata lain adakah ia suatu yang jarang atau sering berlaku, atau sampai kepada tahap mesti berlaku? Adakah orang Islam dikecualikan daripada berlaku khilaf di kalangan mereka atau tidak? Adakah khilaf itu satu jenis sahaja atau berbagai? Adakah celaan itu terhadap semua jenis khilaf atau sebahagian sahaja? Apakah faktor-faktor yang menyebabkan khilaf dan bagaimana menanganinya? Apakah balasan seksaan akan dikenakan ke atas semua orang yang berkhilaf dan lain-lain persoalan yang boleh dibangkitkan.11
Sebenarnya perbincangan ini amat luas, tidak mungkin diperkatakan semuanya dalam kertas yang ringkas ini. Penulis akan memberi tumpuan kepada jenis-jenis khilaf,kaedah-kaedah menangani masalah khilafiyyah dan adab al-Khilaf.
PEMBAHAGIAN KHILAF
Sebelum dibincangkan sebab-sebab khilaf antara fuqaha’ ini, khilaf itu sendiri terbahagi kepada tiga bahagian12:
sumber Rujukan :
11 Dr. Abd al-Karim Zaidan, Op cit, hal : 275-277
12 Umar Sulaiman al-Asyqar dan Muhammad Othman Syabir (1996), al-Urdun. Dar al-Nafais, “Masail fi al-Fiqh al-Muqarin”,
hal : 10

0 comments:
Post a Comment