assalamualaikum.. “Ya Allah, aku memohon perlindungan daripadaMu daripada habisnya usia sebelum habisnya siap sedia. Amiin.” Sungguh.. Dengan perjuangan kita dilahirkan ke dunia… Di dalam gerak tangis kita mulai membuka mata. Di dalam bedungan ibu kita menggerakkan badan melepaskan ikatan bedung. Lepas dari asuhan ibu, kita merangkak, kita ansur tegak dan kita jatuh, lalu kita tegak lagi dan jatuh lagi. Kemudian tegak terus untuk pergi berjuang ke medan permainan, lalu ke medan hidup, lalu ke medan perjuangan dalam batin kita sendiri, menegakkan yang baik dan melawan yang buruk. Selama terus hidup kita kerjakan demikian, menjalankan titah perintah Tuhan Yang Maha Esa. Berapa pun yang dapat kita kerjakan, harus kita syukuri. Setiap hari atau masa kita hitunglah laba dan rugi. Sampai kelak datang panggilan. Panggilan yang tidak dapat ditakhirkan walau satu saat dan tak dapat pula ditaqdimkan walaupun satu saat. Panggilan yang tak dapat dielakkan oleh setiap yang bernyawa. Maka terbukalah pintu kubur. Maknanya pindahlah kita dari hidup fana kepada hidup baqa, dari hidup dunia kepada hidup Akhirat. Demikianlah kita menempuh hidup; lahir, berjuang dan akhirnya mati. Betapa juapun kita harus percaya, bahawa kebaikan juga yang menang. Sebab asal-usul kejahatan kita bukan jahat, hanya baik semata. Kalau kejahatan pernah menang, hanyalah lantaran dorongan nafsu. Bila nafsu telah reda, kebaikan jualah yang kita junjung. Sebab itu hendaklah kita percaya penuh dengan iman dan baik sangka kepada Tuhan. Apabila ruang di bumi tertutup, ruang di langit terbuka luas untuk kita. Itulah Falsafah Hidup! :: Petikan Buku ”Falsafah Hidup” karangan Prof. Dr. Hamka :: Inspirational Words of Wisdom: “Everyday in which the sun set reminds us that our lifespan is diminishing. The wise is the one who learns from his yesterday, struggles for his present day and provides hope for his tomorrow.” “Dream what we want to dream, go where we want to go, be what we want to be, cause we have only one life and one chance to do all the things that we want in life, BUT make sure we have Allah The Almighty in our life!” “There was a man who decides to change on 12th hour, however he died on the 11th! It’s never too late to submit to our God. He loves us! Please answer His call for we will find complete freedom and happiness in this worldly life and the Hereafter.” “When we were born, we cried and the world rejoiced. Live our life in such a manner that when we die, the world cries and we rejoice.” Wallahu wa a’lam. selawat~ | |
AWAL KALAM
Thursday, October 28, 2010
Semangat!
Kenali Cinta kepada Allah
*Tujuan
---Ibarat badan manusia,mendengar adalah sifat bagi telinga,melihat adalah sifat bagi mata dan sebgainya.Begitu juga hati,sifatnya adalah selalu dalam mood bercinta.Oleh sbb itu,hati ialah lautan cinta.Tahanlah hati anda drpd cinta,nescaya cinta pasti akan berjaya menembusi hati anda tanpa tertahan.Jadi,sebelum hati benar2 terpaut dgn cinta dunia,pautkan hati dgn cinta Ilahi terlebih dahulu...
*Sebab
---Manusia biasanya jatuh cinta disbbkan dua perkara.Pertama disebabkan zat dan fizikal dan kedua sifat sesuatu yg dicintai.Bagaimana pula dgn Allah?Walaupun zat Allah tdk terjangkau oleh pancaindera atau akal fikiran,namun,sifat2 yg dimiliki-Nya dan atas sbb segala nikmat yg tlh dikurniakan-Nya menyebbkan Dia mmg plh layak dicintai...
*Gembira
---Cinta biasanya dikaitkan dgn sesuatu yg manis dan menggembirakan hingga lautan bara api musibah sanggup diredah,ibadah bg golongan kuffar pahit terasa manis dan ringan sungguh hati meninggalkan maksiat.Bukan itu sahaja,malah nama Allah selalu disebut-sebut(zikir)
*Ibarat Ikan di Laut
---Org yg betul2 mencintai Allah tdk mampu "dimasinkan oleh kemasinan air laut".Walaupun syaitan membisik merdu di cuping telinga atau walau dunia dtg dlm rupa terhias indah,dia mampu membutakan mata,memekakkan telinga dan buat2 lupa ingatan dek kasih dan cinta kpd Allah.Walaupun kehidupan harian seolah-olah dia terperangkap bg memenuhi keperluan hidup,namun segala yg dilakukannya itu hanya demi menggapai redha Allah...
*Mencintai Apa yg Dicintai-Nya
---Turut mencinta iorg yg dicintai oleh Allah,perkara atau amalan yg dicintai-Nya.Sebaliknya juga,dia akan membenci apa2 yg dibenci oleh Allah...
*Tenang
---Hati yg benar2 cintakan Allah pasti akan merasakan ketenangan yg sukar digmbarkan dgn kata2...
*Serba Salah
---Seorg hamba yg sngt mencintai Allah pasti akan timbul rasa serba salah dlm hatinya.Saat hatinya menghadap Allah,dia rasa terlalu hina dan kerdil sehingga berasa tidak layak meminta apa2 pun drpd Allah.Namun apabila difikirkan bahawa Allah itu Maha Berkuasa,Pemberi dan Pengampun,maka hatinya tdk dpt ditahan drpd meminta-minta dan terus berharap...
*Terus Mencari dan Menanti
---Seorg hamba yg betul2 mencintai Allah,tidak pernah berasa bahawa dia seorg hamba yg telah menemui cinta-Nya.Dia akan terus berjaga demi cinta kpd kekasihnya dan akan setia menunggu pintu terbuka.alhasil,dia akan berkata,"Aku masih berusaha mencari cinta Allah."Ini juga akan menjdkannya seorg yg tdk pernah duduk diam melainkan masanya diisi dgn ketaatan kpd Allah.Ahli tasawwuf juga ada menyebut,sesiapa yg mengalihkan perhatiannya drpd cinta kpd Allah walau sekelip mata,maka dia tidak akan sampai kpd matlamatnya mencintai Allah...
*Hanya Satu
---Ruang yg ada dlm hati hanya diperuntukkan untuk Allah sepenuhnya...
*Matlamat Utama
---Tujuan teragung mencintai Allah adalah untuk menatap wajahnya diakhirat kelak.Seluruh hidupnya ditumpukan untuk mencintai Allah.Hatinya menolak segala yg dpt menariknya drpd menggapai matlamat agung ini...
*Berkorban
---Org yg hatinya dipenuhi rasa kecintaan yg mendlm terhdp Allah akan sanggup mengorbankan segala-galanya demi Allah.Antara perkara yg paling layak dikorbankan ialah kelazatan dunia....
Wallahua'lam....
Sekian,Wassalam...=)
Wednesday, October 27, 2010
Kita lupa bahawa kita berurusan dengan manusia
*Artikel ini adalah hasil dr prkongsian seorg sahabat Bayangkan situasi ini. Tapi boleh jadi ada juga yang pernah mengalaminya. Ada seorang sahabat. Dia sangat baik, terkenal alim dan faqih dalam agama. Pelajarannya cemerlang, ibadahnya gemilang. Kita percaya dengannya. Satu hari, sahabat ini telah membuat satu penganiayaan @ kesilapan. Tanpa kita jangka, peribadi yang secantik itu telah melakukan sesuatu yang melukakan jiwa kita. Kita pun berkata: “Apa la, selama ini ingat baik sangat” Kemudian kekecewaan kita itu meleret-leret sehingga menghentam sekolahnya, pelajarannya, agama yang dia anuti dan syakhsiahnya yang baik selama ini itu. Hakikatnya kita telah terlupa, bahawa kita sedang berurusan dengan manusia. Manusia, bukan malaikat. Sepanjang kita hidup, kita tidak akan bertemu manusia seperti malaikat. Tidak akan. Ianya mustahil. Kita berjumpa ramai orang baik dalam kehidupan tetapi, sebaik-baik mana pun manusia kita jumpa, pasti ada kekurangannya. Yang jika kita mahu, kita boleh canang-canangkan keburukannya, kelemahannya. Tetapi kita kena sentiasa mengingatkan diri. Dia adalah manusia. Pasti ada sisi kekurangannya. Kita yang inigin menilainya juga ada kekurangan. Manusia bukan malaikat yang keimanannya mendatar. Manusia juga bukan malaikat yang tidak pernah membuat kesilapan. Manusia bukan malaikat yang 100% taat dan patuh pada segala larang perintah Allah. Manusia adalah manusia. Ada masanya di atas, ada masa di bawah. Sehebat mana pun manusia, akan ada sisi kekurangannya. Tinggal kekurangannya itu kecil atau besar sahaja. Sebaik mana pun manusia, akan ada silapnya. Tinggal kesilapan itu memberi kesan yang teruk atau tidak sahaja. Tetapi akal kita sukar untuk rasional. Sebab kita lupa, kita berurusan dengan manusia. Manusia, bukan robot Yang cantiknya pada manusia, tiada manusia yang serupa 100%. Kalau muka seiras sekalipun, pasti ada kelainan dari segi akhlak, kehidupan peribadi, gaya tutur dan sebagainya. Manusia bukan seperti robot, dicipta di satu kilang yang sama, diprogram dengan program yang sama dan bergerak dengan pergerakan yang sama. Manusia adalah makhluk bebas, diberikan ikhtiar, peribadinya terikat dengan persekitaran tumbesaran. Sebab itu, Allah mengarahkan kita untuk berkenalan dan mendalami insan yang lain. Justeru kita tidak boleh mengharapkan 100% daripada manusia. Kita perlu menerima sisi kekurangannya. Kita perlu bersedia untuk dia melakukan kesilapan. Kita perlu melapangkan jiwa kita, apabila dia melakukan kesalahan. Sebab kita berhubungan dengan manusia. Manusia mana yang boleh dikatakan sempurna selain Rasulullah SAW? Tiada. Nanti ada waktu, kita pula kejatuhan Dan perlu diingat, bahawa kita juga manusia. Percayalah cakap saya, tiada manusia yang akan sentiasa berada di atas sepanjang kehidupannya. Akan ada juga sesi kejatuhan demi kejatuhan. Tinggal kejatuhan itu besar atau tidak sahaja. Namun, setiap kejatuhan itu, kita memerlukan teman yang memahami, yang mendalami keadaan kita yang sedang kejatuhan. Sebab itu, apabila ada sahabat kita, kenalan kita, melakukan kesilapan, kesalahan, maka jangan terus disisihkan. Berikan peluang, tegur dengan tenang. Didik, pupuk, berusaha untuk terus menjaga hubungan dan saling lengkap melengkapi. Hari ini, kita berusaha memahaminya. InsyaAllah, ada hari, apabila kita memerlukan manusia memahami kita, Allah akan hantar pula seseorang untuk memahami kita. Lapangkan dadamu kepada manusia, kerana Dia juga melapangkan rahmat-Nya untuk mereka. Berikan peluang, luaskan medan maaf. Jangan pantas melenting. Jangan merajuk, dan jangan bersedih. Kita sedang berurusan dengan manusia. Perlukan toleransi, tolak ansur dan berlapang dada. Jangan kerana silapnya yang beberapa, kita sisihkannya seakan dia ahli neraka. Jangan. Lihatlah Allah Yang Maha Penyayang itu. Bagaimana Dia berursan dengan manusia. Tidakkah anda lihat banyak kelapangan, kelonggaran yang Allah berikan untuk insan? Contoh paling baik adalah, Allah mengutuskan Rasul itu dari kalangan manusia. Allah tidak menjadikan Jibril sebagai rasul kepada manusia. Hal ini kerana, Allah faham betapa manusia ini perlu pendidikan secara praktikal. Bagaimana mungkin manusia boleh mencontohi malaikat yang apabila Allah kata sekian, tanpa cepat sesaat, lewat sesaat, arahan itu akan dilaksanakan dengan penuh taat? Kita juga melihat, Allah menyediakan keampunan yang sangat luas untuk insan. Kenapa? Kerana Allah tahu betapa manusia ini banyak silapnya. Itu kelapangan Allah, empunya segala apa yang wujud di dunia. Maka, di mana hak kita untuk membenci manusia yang berbuat kesilapan? Di mana hak kita untuk mencaci pula sekolahnya, agamanya, peribadinya yang baik sebelum kesilapannya itu? Ya, kita benci kesilapannya, kesalahannya, keingkarannya. Tetapi kita tidak sesekali benci pada dia. Malah kita berhajat memahaminya, membimbingnya. Sebab dia adalah manusia, seperti kita. Semoga kita saling memahami, saling mendalami. Pecahkan tembok keegganan, buka seluas-luasnya tawaran kemaafan. *byk lagi artikel menarik di http://www.facebook.com/l/68d34_OXrUdnqI_D9dTSN4E6UZw;uniqueummah.blogspot.com/ | |
Tuesday, October 26, 2010
~ Cinta Yang Sejati ~
Beliau mengatakan: "La yukhriju asy syahwata illa khaufun muz'ijun aw syauqun muqliqun!"
Ertinya: tidak ada yang dapat mengusir syahwat atau kecintaan pada kesenangan duniawi selain rasa takut kepada ALLAH yang menggetarkan hati, atau rasa rindu kepada ALLAH yang membuat hati merana!
Perasaan syahwat itu dapat diusir jika memiliki 2 perkara:
1) Rasa cinta kepada ALLAH yang sangat luar biasa yang menggetarkan hatimu. Sehingga ketika yang ada dihatimu adalah ALLAH, yang lain dengan sendirinya menjadi kecil dan terusir.
2) Rasa rindu kepada ALLAH yang amat dahsyat sampai hatimu merasa merana. Jika kau merasa merana kerana rindu kepada ALLAH, kau tidak mungkin merana kerana rindu pada yang lain. Jika kau sudah sibuk memikirkan ALLAH, kau tidak akan sibuk memikirkan yang lain.
*Cuba fahami baik-baik bait 'ulama' besar dari Iskandaria ini. Kerana hati manusia miskin cinta dan rindu kepada ALLAH, maka manusia dijajah oleh cinta dan rindu pada yang lain.
"Ya ALLAH, kuatkan kecintaanku hanya pada-MU. Ameen.."
Monday, October 25, 2010
~ Salahkah Diriku...~
Bismillah....
Astaghfirullah...astaghfirullah....astaghfirullah...
Sudah hampir seminggu diriku bingung mengenangkan diriku yang konyol oleh sahabat baikku..
apa yangku buat serba xkna bgnya.... sememangnya diriku tidak sehebat dirinya...
Tapi adakah aku wajar diperlakukan sedemikian rupa?
Aku ditengking dan makinya setiap hari...
" hm, minyak ni xpanas lagi ni kalau msukkan lauk... nyata ku..."
" Alah, dah memang ni yg maximanya..sy thu la sbb sya yang masak.. awk mana thu...tengking kwnku dgn nada kasar"
Astaghfirullah....
Adakah betul aku layak diperlakukan sedemikian??
pernyataanku hanya begitu sahaja..
Hanya padaMu Ya Allah tempatku mengadu....
Bagaimana caraku utk menyedarkannya...apakan dayaku...
setiap hari diriku dipersalahkan.....
buat itu x boleh, buat ini x boleh....
Bahkan semua yang dibuat olehnya betul dan pendapat yang diberinya harus diterimaku tanpa mendengar penjelasan dan usulku dahulu...
Saban hari berlalu, aku rasakan yang diriku semakin jauh darinya.. dia menjadi semakin beremosi dan kasar tutur katanya...
bukan diriku sahaja yang merasakan begitu, bahkan sahabat2 yang lain pun begitu juga..
Dia suka mengutuk orang lain tanpa memikirkan perasaan orang...
Astaghfirullah....
sedih sangat bila mengingatkan hal ni...
macammana perananku sebagai sahabatnya untuk menyedarkan dirinya...???
ku takut dirinya akan terasa dengan teguranku?
kerana kebiasaannya, bila ada sahabat yang menegur, akan berlaku perang dingin yang melibatkan tidak bertegur sapa selama beberapa hari dan berlanjutan kepada berbulan-bulan.....
Ya ALLAH, tolong hamba.....
Adakah akan terjadinya dosa pabila kita jika kita tidak mampu menegurnya???
::: UntukMu Wanita..:::
Apabila kamu berkawan dengan lelaki,
ingatlah ada dua pilihan terbentang
PERTAMA...
kamu jadi seperti KELAPA...
mudah diperoleh..
diparut...diperah..
dan diambil santannya...
lepas itu hampasnya dibuang...
KEDUA...
Kamu menjadi sebutir MUTIARA..
berada di dasar lautan...
tersimpan rapi..
dilindungi kulit...
bukan senang nak lihat..
apa lagi mendapatkannya..
hanya orang yang bertuah ...
berusaha menyelami dasar lautan...
dapat memperolehnya..
harganya mahal sekali..
dan ia akan tersimpan selamanya..
jadi..
kamu pilihlah sama ada hendak menjadi KELAPA ataupun MUTIARA..
di sebalik SANTAN..
menjadi penyedap makanan..
diperah segala kenikmatan..
dengan mudah jatuh menjadi titisan..
akhirnya habis kari dimakan..
pulut panggang sisi habis ditelan..
dan SANTAN hilang tak jadi ingatan..
yang terasa lazat hanya kari dan pulut panggang..
orang tak kenang jasa SANTAN..
MUTIARA...
tertanam di dasar paling dalam...
sukar andai mengharap jadi perhatian..
kerana MUTIARA dilindungi oleh cengkerang yang menghadangnya dari ancaman musuh..
namun kiranya ditemui insan..
akan menjadi PERMATA HIASAN..
terletak tinggi di cincin idaman..
atau di leher nan jinjang..
atau di lengan menawan..
makin lama MUTIARA tertanam..
makin tinggi nilainya..
oleh itu...
pilihlah sendiri...
menjadi SANTAN..
mudah jadi perhatian..
tapi hanya sebentar jadi santapan...
kemudian hilang segala nikmat dan pujian..
menjadi MUTIARA..
sukar ditemukan..
namun bila dihias indah gadis rupawan..
hilang ia..
tangisan mengiringi zaman..
ingatlah ada dua pilihan terbentang
PERTAMA...
kamu jadi seperti KELAPA...
mudah diperoleh..
diparut...diperah..
dan diambil santannya...
lepas itu hampasnya dibuang...
KEDUA...
Kamu menjadi sebutir MUTIARA..
berada di dasar lautan...
tersimpan rapi..
dilindungi kulit...
bukan senang nak lihat..
apa lagi mendapatkannya..
hanya orang yang bertuah ...
berusaha menyelami dasar lautan...
dapat memperolehnya..
harganya mahal sekali..
dan ia akan tersimpan selamanya..
jadi..
kamu pilihlah sama ada hendak menjadi KELAPA ataupun MUTIARA..
di sebalik SANTAN..
menjadi penyedap makanan..
diperah segala kenikmatan..
dengan mudah jatuh menjadi titisan..
akhirnya habis kari dimakan..
pulut panggang sisi habis ditelan..
dan SANTAN hilang tak jadi ingatan..
yang terasa lazat hanya kari dan pulut panggang..
orang tak kenang jasa SANTAN..
MUTIARA...
tertanam di dasar paling dalam...
sukar andai mengharap jadi perhatian..
kerana MUTIARA dilindungi oleh cengkerang yang menghadangnya dari ancaman musuh..
namun kiranya ditemui insan..
akan menjadi PERMATA HIASAN..
terletak tinggi di cincin idaman..
atau di leher nan jinjang..
atau di lengan menawan..
makin lama MUTIARA tertanam..
makin tinggi nilainya..
oleh itu...
pilihlah sendiri...
menjadi SANTAN..
mudah jadi perhatian..
tapi hanya sebentar jadi santapan...
kemudian hilang segala nikmat dan pujian..
menjadi MUTIARA..
sukar ditemukan..
namun bila dihias indah gadis rupawan..
hilang ia..
tangisan mengiringi zaman..
p/s : Renung2kanlah bersama duhai muslimah...
::: Al-Kisah : Izinkanlah saya berzina...:::
Dari Abu Umamah r.a., ia mengatakan, telah datang seorang pemuda menghadap Rasul saw. seraya berkata, “Wahai Rasulullah! Izinkanlah saya berzina!” Orang-orang yang ada di sekitarnya menghampiri dan memaki, “Celaka kau, celaka kau!” Akan tetapi, Rasulullah mendekati pemuda itu dan duduk di sampingnya. Kemudian terjadilah dialog.
Rasul bertanya, “Apa kau ingin [zina] itu terjadi pada ibumu?” Si pemuda menjawab, “Sekali-kali tidak! Demi Allah yang menjadikan saya sebagai tebusan Tuan.” Maka bersabdalah Rasul, “Begitu pula orang-orang lain. Mereka tidak ingin [zina] itu terjadi pada ibu mereka.”
Rasul bertanya lagi, “Apa kau ingin [zina] itu terjadi pada saudara-saudara perempuanmu?” Si pemuda menjawab, “Sekali-kali tidak! Demi Allah yang menjadikan saya sebagai tebusan Tuan.” Maka bersabdalah Rasul, “Begitu pula orang-orang lain. Mereka tidak ingin [zina] itu terjadi pada saudara-saudara perempuan mereka.”
Rasul bertanya lagi, “Apa kau ingin [zina] itu terjadi pada saudara-saudara perempuan bapakmu?” Si pemuda menjawab, “Sekali-kali tidak! Demi Allah yang menjadikan saya sebagai tebusan Tuan.” Maka bersabdalah Rasul, “Begitu pula orang-orang lain. Mereka tidak ingin [zina] itu terjadi pada saudara-saudara perempuan bapak mereka.”
Rasul bertanya lagi, “Apa kau ingin [zina] itu terjadi pada saudara-saudara perempuan ibumu?” Si pemuda menjawab, “Sekali-kali tidak! Demi Allah yang menjadikan saya sebagai tebusan Tuan.” Maka bersabdalah Rasul, “Begitu pula orang-orang lain. Mereka tidak ingin [zina] itu terjadi pada saudara-saudara perempuan ibu mereka.”
Kemudian [telapak tangan] Rasulullah menyentuh dada pemuda itu seraya berdoa, “Ya Allah! Ampunilah dosanya, sucikanlah hatinya, dan peliharalah kemaluannya!” (HR Ahmad)
dan sekarang tanya diri kita sendiri, adakah kita suka ibu kita berzina dengan orang lain,adakah kita suka ibu kita dating, adakah kita suka ibu kita "couple"?
Thursday, October 21, 2010
NGO Islam digesa kaji festival fesyen Rosmah
KUALA LUMPUR, 20 Okt: Para pemimpin NGO Islam disarankan agar mengkaji tindakan isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor yang disifatkan sebagai menghina Islam ketika menganjurkan Islamic Fashion Festival (IFF).
Bagi anggota Parlimen Titiwangsa, Dr Lo' Lo' Ghazali, IFF jelas menghina islam apabila menggunakan nama agama untuk mengesahkan tindakan penganjuran pertunjukan yang tidak wajar itu.
Lebih malang, tulisan "Muhammad" dalam tulisan Arab secara terbalik diguna dan dipakai di dada salah seorang peraga fesyen yang tidak menutup aurat.
"Kita berarak bantah kartun Nabi yang dibuat di Denmark, di sini di Malaysia, seluruh maruah Islam ditelanjangkan oleh IFF tersebut," kata Lo' Lo' kepada Harakahdaily.
Beliau mengulas IFF yang dianjurkan oleh Rosmah baru-baru ini. Walaupun dinamalkan Islamik tetapi fesyen yang diperagakan tidak sesuai dengan Islam bahkan Rosmah sendiri tidak memakai pakaian yang sesuai dengan Islam ketika merasmikan program IFF itu.
Lo' Lo' juga kesal dengan sesetengah NGO Islam yang dipergunakan untuk menyokong bajet yang dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib.
"Saya dapat maklumat ada beberapa NGO Islam diminta membuat memo menyokong bajet PM.
"Saya nak tanya NGO-NGO Islam ni, tak terasa langsung ke nak bantah penghinaan terhadap Islam oleh Rosmah atas penganjuran Islamic Fashion Festival yang penuh dengan kemungkaran dan kemaksiatan terhadap Allah serta pengkhianatan atas muslimah seluruhnya?" tanya Lo' Lo'.
Tuesday, October 19, 2010
Konsert: Gamis Bimbang Masa Depan Rakyat
Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis) menyuarakan rasa penuh kebimbangan dengan masa depan Malaysia dan rakyatnya setelah diberi peluang menyaksikan sendiri konsert Adam Lambert di Stadium Putra Bukit Jalil, malam tadi.
Seramai lima orang wakil Gamis yang diketuai oleh Timbalan Presiden, Muhammad Zaki Sukery yang juga Presiden Ma’ruf Club UIAM diberi pas percuma oleh Puspal dalam respons kepada bantahan Gamis pada pertemuan empat mata sehari sebelumnya.
Mengambil masa lebih kurang sejam untuk merakam gambar dan video, beliau turut berkata masa depan remaja Malaysia yang dicanangkan sebagai pemimpin masa depan bakal berdepan konflik jika landskap masyarakat negara dibentuk oleh suasana semalam.
(Gambar: Aksi penari-penari Adam Lambert malam tadi.)
Sambil mempersoal kerajaan adakah ini salah satu formula yang sesuai bagi membendung peningkatan masalah sosial yang sedang berlaku di dalam negara, beliau turut menggesa semua pihak bagi menyelamatkan Malaysia daripada anasir luar yang seolah-olah mahu menjadikan negara ini sebagai the next Las Vegas.
Sambil menzahirkan rasa penuh kesal dengan penganjuran konsert berkenaan, ujarnya Gamis turut akan mempertimbang secara serius beberapa tindakan susulan selepas ini.
Antaranya, tambah beliau ialah Gamis akan mengumpul kesemua bukti bergambar dan bervideo dan akan melakukan kunjungan sekali lagi ke Puspal, Jakim, Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Komunikasi serta berjumpa dengan Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim.
“Hal ini bagi menyuarakan kebimbangan, memohon perhatian serius dan meminta penjelasan yang menyeluruh setelah menyaksikan sendiri apa yang berlaku malam tadi,” ujarnya.
Seramai 300 orang ahli Gamis dari seluruh negara mula berkumpul di Stadium Putra mulai jam 6 petang,
Mereka turut menunaikan solat hajat bersama-sama kepimpinan Dewan Pemuda PAS Pusat sebelum bergerak ke tempat konsert bagi menyebarkan risalah dan berucap sebelum kelima-lima orang wakil tersebut dibenarkan masuk ke dewan konsert.
http://promahasiswaupm.wordpress.com/
Seramai lima orang wakil Gamis yang diketuai oleh Timbalan Presiden, Muhammad Zaki Sukery yang juga Presiden Ma’ruf Club UIAM diberi pas percuma oleh Puspal dalam respons kepada bantahan Gamis pada pertemuan empat mata sehari sebelumnya.
Mengambil masa lebih kurang sejam untuk merakam gambar dan video, beliau turut berkata masa depan remaja Malaysia yang dicanangkan sebagai pemimpin masa depan bakal berdepan konflik jika landskap masyarakat negara dibentuk oleh suasana semalam.
(Gambar: Aksi penari-penari Adam Lambert malam tadi.)
Sambil mempersoal kerajaan adakah ini salah satu formula yang sesuai bagi membendung peningkatan masalah sosial yang sedang berlaku di dalam negara, beliau turut menggesa semua pihak bagi menyelamatkan Malaysia daripada anasir luar yang seolah-olah mahu menjadikan negara ini sebagai the next Las Vegas.
Sambil menzahirkan rasa penuh kesal dengan penganjuran konsert berkenaan, ujarnya Gamis turut akan mempertimbang secara serius beberapa tindakan susulan selepas ini.
Antaranya, tambah beliau ialah Gamis akan mengumpul kesemua bukti bergambar dan bervideo dan akan melakukan kunjungan sekali lagi ke Puspal, Jakim, Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Komunikasi serta berjumpa dengan Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim.
“Hal ini bagi menyuarakan kebimbangan, memohon perhatian serius dan meminta penjelasan yang menyeluruh setelah menyaksikan sendiri apa yang berlaku malam tadi,” ujarnya.
Seramai 300 orang ahli Gamis dari seluruh negara mula berkumpul di Stadium Putra mulai jam 6 petang,
Mereka turut menunaikan solat hajat bersama-sama kepimpinan Dewan Pemuda PAS Pusat sebelum bergerak ke tempat konsert bagi menyebarkan risalah dan berucap sebelum kelima-lima orang wakil tersebut dibenarkan masuk ke dewan konsert.
http://promahasiswaupm.wordpress.com/
Tuesday, October 12, 2010
Bicara DeNgan TuHan...
Setiap apa yang Dia ciptakan, tiada apa yang sia-sia. Aku percaya dan benar-benar yakin. Biar sebesar zarah, semuanya akan dihitungkan. Kebaikan dibalas dengan kebaikan. Kejahatan pula dibalas setimpal dengannya. Allahu, sungguh hanya Dia yang Maha Adil lagi Maha Bijaksana.
Biar setitis airmata mengalir membasahi pipi. Semuanya terjadi hanya dengan keizinan-Nya. Apa yang ada di dalam dada, mahu pun terlafaz oleh bibir, semuanya dalam pengetahuan-Nya. Allahu. Sungguh Engkau Maha Mendengar lagi Maha Melihat.
Berbicara dengan-Mu, tiada batas waktu mahupun sempadan masa. Setiap detik dan saat, Kau sentiasa ada untukku. Biar susah, biar senang, Engkau sentiasa bersamaku. Maha Mengetahui lagi Maha Agung.
Dewasa ini airmataku sering tumpah saat kita berbicara. Atau, apakah aku hanya bicara sendiri? Apakah Kau masih sudi berbicara dengan ku? Mendengar luahan dan rintihanku? Mendengar bisikan dan jeritan batinku. Tuhan, sungguh banyak dosaku pada-Mu. Sungguh banyak khilafku pada-Mu. Terlalu banyak penyesalan yang bersarang di dalam dadaku. Banyak sungguh aku menzalimi diriku sendiri. Betapa besarnya dosa-dosaku pada-Mu.
Apakah masih ada ruang keampunan dan kemaafan buatku?
Airmata ini datang dan pergi semahunya. Tanpa pintaku. Tanpa sempat aku mengusir. Ah..
Airmata ini airmata penyesalan. Airmata dosa. Airmata duka dan sendu seorang hamba yang pernah mengkhianati Tuhannya. Sungguh penyesalan itu terlalu perit untuk aku tempuhi. Terlalu pahit untuk aku telan. Terlalu panas untuk aku genggam. Aku hampir tewas.
Oh Tuhan, aku ingin berbicara dengan-Mu. Kerana aku tahu Kau Maha Mendengar lagi Maha Melihat. Dengarlah suara hatiku ini... Ampunkanlah dosa-dosaku. Pimpinlah aku menuju jalan-Mu yang benar.
"Ya Tuhanku, sesungguhnya aku telah menzalimi diriku sendiri, maka ampunilah aku."
( Bahagian 1 Bab 4) ماذا يعني انتمائي للإسلام؟
Bab 4
Saya Mestilah Bersifat Seorang Muslim Terhadap Keluarga Saya
Sebenarnya apabila saya telah menganut agama Islam, saya wajib menjadi seorang pendukung risalah ini di dalam kehidupan bahkan saya wajib menjadikan seluruh kehidupan saya mematuhi segala arahan risalah ini.
Maka apabila anutan saya terhadap Islam mewajibkan saya menjadi Muslim di dalam sudut kejiwaan, akidah, ibadah dan akhlak maka kewajipan yang sama juga menuntut saya berusaha menjadikan masyarakat yang saya hidup di dalamnya sebagai masyakat muslim.
Adalah tidak memadai dengan saya menjadi muslim seorang diri sahaja sedangkan orang-orang di sekeliling saya tidak dihiraukan, kerana di antara kesan-kesan dari seruan Islam dan kemesraannya di dalam jiwa manusia (jika ia telah benar-benar beriman) ialah ia merasai tanggungjawabnya terhadap orang lain dengan mengajak dan menasihati mereka dengan Islam serta ghairah mengambil berat ke atas mereka sebagai realisasi dari amaran Rasulullah:
من بات ولم يهتم بأمر المسلمين فليس منهم
Yang bermaksud:
"Barang siapa yang tidur nyenyak dan tidak mengambil peduli urusan umat Islam maka ia bukan dari golongan mereka".
Bertitik tolak dari sinilah menyusulnya satu tanggungjawab ke atas saya, iaitu tanggungjawab menegakkan masyarakat Islam dan tanggungjawab menyampaikan Islam kepada masyarakat.
Langkah pertama dari tanggungjawab ini dan merupakan langkah yang bersifat tabii dalam usaha ini, saya mestilah jadikan rumah-tangga saya sebuah rumah-tangga muslim. Saya mestilah menyampaikan risalah Islam kepada "masyarakat kecil saya" yang terdiri dari ahli-ahli keluarga saya, isteri-isteri saya, anak-anak saya, seterusnya kepada kaum kerabat saya yang dekat dan inilah cara yang dilakukan oleh Rasulullah di permulaan dakwahnya. Firman Allah:
فَلَا تَدْعُ مَعَ اللَّهِ إِلَهًا ءَاخَرَ فَتَكُونَ مِنَ الْمُعَذَّبِينَ(213)وَأَنْذِرْ عَشِيرَتَكَ الْأَقْرَبِينَ(214)وَاخْفِضْ جَنَاحَكَ لِمَنِ اتَّبَعَكَ مِنَ الْمُؤْمِنِينَ
Maksudnya:
Maka janganlah engkau (wahai Muhammad) menyembah tuhan yang lain bersama-sama Allah, akibatnya engkau akan menjadi dari golongan yang dikenakan azab seksa. 214- Dan berilah peringatan serta amaran kepada kaum kerabatmu yang dekat. 215- Dan hendaklah engkau merendah diri kepada pengikut-pengikutmu dari orang-orang yang beriman. (Surah Al-Syu'ara' 26: Ayat 213-215).
Dari penjelasan di atas nyatalah bahawa tanggungjawab seorang muslim selepas tanggungjawab ke atas dirinya sendiri ialah tanggungjawab terhadap ahli keluarganya, rumah-tangganya dan anak-pinaknya. Berdasarkan dalil firman Allah:
يَاأَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُوا قُوا أَنْفُسَكُمْ وَأَهْلِيكُمْ نَارًا وَقُودُهَا النَّاسُ وَالْحِجَارَةُ عَلَيْهَا مَلَائِكَةٌ غِلَاظٌ شِدَادٌ لَا يَعْصُونَ اللَّهَ مَا أَمَرَهُمْ وَيَفْعَلُونَ مَا يُؤْمَرُونَ
Maksudnya:
Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari Neraka yang bahan-bahan bakarannya: Manusia dan batu (berhala); Neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat yang keras kasar (layanannya); mereka tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkanNya kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan. (Surah Al-Tahrim 66: Ayat 6)
4.1- Tanggungjawab Sebelum Berumah-tangga.
Untuk membantu saya menjayakan usaha membina sebuah rumah-tangga yang baik, Islam telah menunjukkan beberapa anasir dan sebab-sebab yang memudahkan tanggungjawab dan pencapaian matlamat pembinaan rumah-tangga saya. Di antaranya ialah:
- Saya mestlah memastikan perkahwinan saya adalah kerana Allah atau dengan kata lain membina rumah-tangga muslim, untuk melahirkan keturunan yang salih, menjadi keluarga yang mampu menunaikan amanah serta memastikan pelaksanaan hidayah Allah itu secara berterusan sebagaimana firman Allah yang bermaksud: ذُرِّيَّةً بَعْضُهَا مِنْ بَعْضٍ
"Satu keturunan yang sebahagiannya (turunan) dari yang lain" (Surah Ali-Imran 3: Ayat 34) - Saya mestilah menjadikan tujuan perkahwinan saya adalah untuk menjaga pandangan saya, memelihara kemaluan saya serta bertakwa kepada Allah sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: ثلاثة حق على الله عونهم المجاهد في سبيل الله والمكاتب الذي يريد الأداء والناكح الذي يريد العفاف
"Ada tiga golongan yang Allah berhak menolong mereka. Pertama: Orang yang berjihad pada jalan Allah. Kedua: hamba mukatab (yang berjanji untuk menebus diri) yang menunaikan bayaran dan ketiga orang yang berkahwin kerana ingin memelihara dirinya". (Hadis riwayat Al-Tirmizi).Dan sabdanya lagi yang bermaksud:من تزوج فقد استكمل نصف دينه فليتق الله في النصف الباقي
"Sesiapa yang berkahwin sesungguhnya ia telah menyempurnakan separuh dari agamanya maka bertakwalah ia pada separuh yang lain".(Hadis riwayat oleh Al-Tabrani Fil-Ausath) - Saya mestilah memilih bakal isteri yang baik kerana dengannyalah saya berkongsi hidup dan menjadi teman dalam perjuangan, sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: تخيروا لنطفكم فإن العرق نزاع وفي رواية دساس وفي رواية فأنكحوا الأكفاء أنكحوا إليهم
"Pilihlah untuk keturunanmu (wanita yang baik) kerana sesungguhnya keturunan itu menjadi pertikaian. Dalam satu riwayat yang lain dikatakan: Keturunan itu menjadi desas-desus". Dalam satu lagi riwayat yang lain disebut: "Hendaklah engkau berkahwin dengan orang sekupu dan kahwinkanlah (anak-anakmu) dengan yang sekupu. - Saya mestilah memilih wanita yang baik akhlak dan pegangan agamanya sekalipun ia mungkin tidak punya harta kekayaan dan kecantikan kerana sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: لا تزوجوا النساء لحسنهن فعسى حسنهن أن يرديهن ولا تزوجوهن لأموالهن فعسى أموالهن أن تطغيهن ولكن تزوجوهن على الدين ولأمة خرماء خرقاء ذات الدين أفضل
"Janganlah kamu mengahwini wanita kerana kecantikannya kerana bole jadi kecantikan itu akan membinasakannya, janganlah kamu mengahwini mereka kerana kekayaannya, kerana mungkin kekayaan itu merosakkannya tetapi kahwinilah mereka atas dasar pegangan agamanya. Hamba perempuan yang rabik dan hodoh tetapi baik agamanya adalah lebih utama". (Hadis riwayat Ibnu Majah) - Saya mestilah berhati-hati supaya tidak menyalahi perintah Allah dalam urusan ini, kerana takut kemurkaan dan seksaan Allah. Kerana mengingati amaran Rasulullah s.a.w yang bermaksud:
"Sesiapa yang mengahwini wanita kerana memandang kepada kemuliaan (kedudukannya) sahaja, Allah tidak akan menambah apa-apa kepadanya melainkan dengan kehinaan, sesiapa yang berkahwin kerana hartanya, Allah tidak akan menambahnya kecuali kefakiran, sesiapa yang berkahwin kerana keturunannya Allah tidak akan menambahnya kecuali kerendahan tetapi sesiapa yang mengahwini wanita kerana menjaga pandangannya dan memelihara kemaluannya (dari perkara haram) atau kerana menghubungkan silaturahim, Allah akan memberkatinya dan isterinya".
4.2- Tanggungjawab Selepas Berumah-tangga.
Sebenarnya pemilihan bagi mendapatkan isteri yang baik oleh saya tidaklah bererti terlepasnya tanggungjawab terhadapnya selepas perkahwinan. Malah tanggungjawab yang lebih besar segera bermula sebaik sahaja saya berumah-tangga. Di antara tanggungjawab tersebut diperturunkan seperti berikut:
- Saya mestilah berlaku baik terhadapnya dan memuliakan dalam hubungan muamalah untuk membina jambatan saling mempercayai di antara saya dengannya sebagaimana Rasulullah bersabda: خيركم خيركم لأهله وأنا خيركم لأهلي
"Orang yang paling baik di antara kamu adalah orang yang paling baik perlakuan terhadap isterinya dan akulah orang yang paling baik perlakuan terhadap isteri".Dan sabda Rasulullah s.a.w:أكمل المؤمنين إيمانا أحسنهم أخلاقا وألطفهم بأهله
"Orang-orang mukmin yang sempurna imannya ialah mereka yang baik akhlaknya dan berlemah-lembut terhadap isteri mereka". - Hubungan saya dengan isteri tidak seharusnya terbatas kepada hubungan di tempat tidur dan melepaskan keinginan syahwat sahaja. Malah hubungan antara kami itu mestilah hubungan yang dapat menjalinkan persefahaman dalam pemikiran, kejiwaan dan kasih sayang. Kami sama-sama membaca, menunaikan sebahagian dari 'ibadat bersama-sama turut mengatur urusan rumah-tangga dan meluangkan waktu tertentuuntuk bergurau-senda dan bermanja. Dalam urusan 'ibadah Allah s.w.t berfirman:وَأْمُرْ أَهْلَكَ بِالصَّلَاةِ وَاصْطَبِرْ عَلَيْهَا
Maksudnya:"Dan perintahkanlah kepada keluargamu mendirikan sembahyang dan bersabarlah kamu dalam mengerjakannya..." (Surah Taha 20: Ayat 132)Dan firman Allah:وَكَانَ يَأْمُرُ أَهْلَهُ بِالصَّلَاةِ وَالزَّكَاةِ وَكَانَ عِنْدَ رَبِّهِ مَرْضِيًّا
Maksudnya:"Dan ia (Nabi Ismail a.s) memerintahkan ahlinya mendirikan sembahyang dan menunaikan zakat dan ia adalah seorang yang diredai di sisi Tuhannya". (Surah Maryam 19: Ayat 55)Dalam hal bermesra dengan isteri, Rasulullah s.a.w pernah berlumba-kejar dengan Aisyah r.a. Manakala dalam hal membantu urusan rumah-tangga, baginda melakukan banyak kerja, di antaranya baginda menjahit serta memperbaiki kasut. - Selain dari perkara-perkara di atas, seluruh hubungan saya dengan isteri saya mestilah tidak terkeluar dari batas-batas syariat, tidak menjatuhkan nama baik Islam dan tidak tercebur ke dalam hal-hal yang haram kerana sesungguhnya Rasulullah s.a.w memberi amaran:
"Tidak ada seorang yang tunduk menurut kehendak wanita melainkan Allah mencampakkannya ke dalam neraka".
Rasulullah juga bersabda:
لا يلقي الله أحد بذنب أعظم من جهالة أهله"Seorang itu tidak menemui Allah dengan membawa dosa yang sangat besar dari kejahilan isterinya".
Sabda baginda lagi:
تعس عبد الزوجة"Celakalah orang yang menjadi hamba isterinya".
4.3- Tanggungjawab Bersama Dalam Mendidik Anak-anak.
Sebenarnya kejayaan dalam perkahwinan dengan memilih isteri yang salihah dan membentuk pasangan suami-isteri yang serasi dengan acuan Islam merupakan saham yang sangat besar dalam membantu melaksanakan pendidikan Islam kepada anak-anak. Sebaliknya kegagalan perkahwinan dan tersalah pilih bakal isteri adalah punca kepada keburukan dan keruntuhan ke atas rumah-tangga seluruhnya.
Apapun pertentangan yang berlaku dalam kehidupan suami isteri akan memberi kesan secara langsung ke dalam pendidikan anak-anak dan jiwa mereka. Ekoran dari ini sebahagian dari sifat-sifat kekusutan jiwa dan penyimpangan akan diwarisi pula oleh anak-anak. Oleh yang demikian anasir yang pertama yang dapat menjamin terlaksananya pendidikan secara Islam ke atas kanak-kanak ialah melaksanakan perkahwinan menurut yang dianjurkan oleh Islam.
Pada hakikatnya hasil yang diharapkan dari sebuah rumah-tangga Islam ialah melahirkan keturunan yang salih seperti firman Allah:
وَالَّذِينَ يَقُولُونَ رَبَّنَا هَبْ لَنَا مِنْ أَزْوَاجِنَا وَذُرِّيَّاتِنَا قُرَّةَ أَعْيُنٍ وَاجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِينَ إِمَامًا
Maksudnya:
Dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang-orang) yang berdoa dengan berkata: Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: Perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertakwa. (Surah Al-Furqan 25: Ayat 74)
Anak-anak itu dilahirkan dalam keadaan bersih (fitrah). Ia akan menjadi seorang yang salih bila mendapat pendidikan yang baik. Sebaliknya jika ia hidup membesar dalam suasana keluarga yang terpesong dan menyeleweng ia juga akan turut terpesong dan menyeleweng sebagaimana sabda Nabi s.a.w:
يولد الولد على الفطرة فأبواه يهودانه أو ينصرانه أو يمجسانه
"Setiap anak itu dilahirkan dalam keadaan bersih (fitrahnya) maka kedua ibu bapanyalah yang menjadikannya Yahudi, Nasrani atau Majusi." (Muttafaqun 'Alaih)
Oleh sebab itu Islam memandang berat dalam urusan mendidik anak-anak serta menggesa supaya mencari sebab-sebab, norma-norma serta udara yang baik untuk menjamin terlaksana tarbiah yang baik. Rasulullah bersabda:
لأن يؤذب الرجل ولده خير له من أن يتصدق به بصاع
"Seorang yang mendidik anaknya (dengan baik) adalah lebih baik dari bersedekah dengan secupak". (Diriwayatkan oleh Al-Tirmizi).
Rasulullah juga bersabda:
ما نحل والد ولد من نحل أفضل من أدب حسن
"Tidak ada satu pemberian bapa terhadap anak-anak yang lebih dari adab yang mulia".
Sabda baginda lagi:
أكرموا أولادكم وأحسنوا أدبهم
"Berlaku pemurahlah kepada anak-anakmu dan bentuklah mereka dengan akhlak yang mulia".
Sabda Rasulullah s.a.w:
إذا مات ابن آدم انقطع عمله إلا من ثلاث: صدقة جارية أو علم ينتفع به أو ولد صالح يدعو له
"Apabila mati seorang anak Adam, terputuslah segala amalan (dari dia) kecuali tiga (kebaikan): Sedekah jariah (yang ikhlas), ilmu yang dimanfaatkan dan anak yang salih yang mendoakan (kebaikan) untuknya".
Subscribe to:
Posts (Atom)