Tuesday, October 26, 2010

~ Cinta Yang Sejati ~

"Cinta sejati itu menyembuhkan tidak menyakitkan."

Beliau mengatakan: "La yukhriju asy syahwata illa khaufun muz'ijun aw syauqun muqliqun!"

Ertinya: tidak ada yang dapat mengusir syahwat atau kecintaan pada kesenangan duniawi selain rasa takut kepada
ALLAH yang menggetarkan hati, atau rasa rindu kepada ALLAH yang membuat hati merana!

Perasaan syahwat itu dapat diusir jika memiliki 2 perkara:

1)
Rasa cinta kepada ALLAH yang sangat luar biasa yang menggetarkan hatimu. Sehingga ketika yang ada dihatimu adalah ALLAH, yang lain dengan sendirinya menjadi kecil dan terusir.

2) Rasa rindu kepada ALLAH yang amat dahsyat sampai hatimu merasa merana. Jika kau merasa merana kerana rindu kepada ALLAH, kau tidak mungkin merana kerana rindu pada yang lain. Jika kau sudah sibuk memikirkan ALLAH, kau tidak akan sibuk memikirkan yang lain.



*Cuba fahami baik-baik bait 'ulama' besar dari Iskandaria ini. Kerana hati manusia miskin cinta dan rindu kepada ALLAH, maka manusia dijajah oleh cinta dan rindu pada yang lain.

"Ya ALLAH, kuatkan kecintaanku hanya pada-MU. Ameen.."


- Imam Ibnu Athaillah -

0 comments:

Post a Comment