IMAN… DENGAN QADHA’ DAN QADAR MENJADIKAN KITA OPTIMIS
Hari-hari yang berlalu apabila seseorang itu melakukan rutin yang sama akan menjemukannya.Tetapi bagi seorang mukmin yang percaya tentang pembalasan Akhirat dan beriman dengan Qadha’ dan Qadar dia akan sentiasa Optimis.. Dia akan sentiasa memikirkan sesuatu yang besar untuk dilakukannya.Dia akan bercita-cita tinggi dan akan bersemangat mengorak langkah ke arah itu. Bagi orang lain mungkin besar tapi baginya kecil, bagi orang lain sukar tapi baginya mudah, bagi orang lain mungkin payah tapi baginya senang kerana dia berbekalkan petunjuk Nabi yang sentiasa “bertafaa ul”.. (Optimis..) “Nabi s.a.w sukakan Optimis (tafa ul) dan bencikan putus asa( berasa malang)”.
Sesuatu kejadian di dunia ini tidak akan berlaku atau terjadi mendahului takdir Allah.
Bagi mukmin dia diajar melihat perinsip ini secara positif iaitu dia akan berusaha bersungguh-bersungguh untuk menghadapi apa saja cabaran dan apa sahaja halangan untuk menjayakan cita-citanya selagi cita-citanya itu baik yg memberi kebaikan kepada yang lain lebih-lebih lagi apabila ianya disuruh Allah atau paling kurang ianya diharuskan Allah.
Baginya tiada cabaran yang tidak boleh dihadapi kerana hidup ini memang penuh dengan cabaran…dan telah terbukti ramai yang telah berjaya menghadapi apa saja cabaran apabila ada kesungguhan dan tekad yang bulat.
Baginya tiada halangan yang tidak boleh diatasi kerana halangan adalah makhluk yang akan tunduk kepada makhluk yang lebih kuat daripadanya…

Baginya tiada masalah yang tidak boleh diatasi kerana masalah adalah perkara mendatang dan apabila keaslian sesuatu berjaya dizahirkan maka yang mendatang akan lenyap menyepi…
Itulah kekuatan fahamannya terhadap Tip-tip Nabawi yang pernah dilontarkan oleh Nabi al Qudwah yang agong kepada seorang Ghulam (Ibn Abbas semasa remajanya ) sebagai tip-tip untuk hidup berjaya yg terpahat kukuh yang menjadi kekuatan dan keberanian dalaman yang tidak akan mudah menyerah kalah kepada apa saja sebab dan apa saja bentuk halangan…
” WAHAI GHULAM AKU AJARKAN KEPADA KAMU BEBERAPA KALIMAT (TIP-TIP)..PELIHARALAH ALLAH,NESCAYA DIA AKAN MEMELIHARAMU.PELIHARALAH ALLAH,KAMU AKAN MENDAPATINYA BERSAMAMU (DLM PEKERJAANMU)..APABILA KAMU MEMINTA SESUATU MAKA MINTALAH KEPADA ALLAH DAN APABILA KAMU PERLU BANTUAN MAKA MINTALAH PERTOLONGAN DENGAN ALL AH. KETAHUILAH JIKA SEKIRANYA SELURUH UMAT BERHIMPUN UNTUK MEMBERIKAN KAMU SATU MANFAAT MAKA MEREKA TIDAK AKAN DAPAT MEMANFAATKAN KAMU MELAINKAN APA YANG TELAH DITETAPKAN ALLAH KPD KAMU, BEGITU JUGA JIKA SEKIRANYA SELURUH UMAT BERHIMPUN UNTUK MEMUDHRATKAN KAMU DENGAN SATU KEMUDHARATAN MAKA MEREKA TIDAK SEKALI-KALI DAPAT MEMUDHARATKAN KAMU MELAINKAN APA YG TELAH DIPUTUSKAN ALLAH KEATASMU…TELAH DIANGKAT QALAM DAN TELAH KERINGLAH DAKWATNYA…”
MAKA BERBAHAGIALAH MUKMIN DENGAN BEKALAN NUBUWWAH INI UNTUK MEREMPUH SERIBU SATU MACAM COBAAN, HALANGAN DAN CABARAN APA YANG DIINGININYA ADALAH APA YANG MEMBERI MANFAAT KEPADANYA DAN KEPADA YANG LAIN DI DUNIA INI SERTA YANG MENJAMIN KEBAHAGIAANNYA DIAKHIRAT…
Orang yang benar-benar faham dan beriman dengan Qada’ dan Qadar tidak akan menyerah kepada takdir yang akan datang kepadanya malah dia akan menolak sesuatu qadar dengan qadar Allah yang lain serta berusaha menghalang sesuatu qadar dengan qadar Allah yang lain pula…bahkan manusia tidak dapat hidup melainkan dengan cara sedemikian…segala bentuk ketakutan dan kesusahan seperti lapar,dahaga, sakit adalah daripada jenis qadar yang di atasi dan dilawan dengan Qadar Allah yang lain seperti makan ,minum air ,berubat dan sebagainya…

Malah orang yang diberi taufik oleh Allah dan diilhamkan oleh kematangannya akan berusaha menolak siksaan diakhirat dengan Qadar Taubat,Iman, serta dengan amalan-amalan soleh… kerana itulah Qadar yang Allah sediakan di dunia ini untuk menolak qadar siksaanNya di Akhirat. Allah adalah Tuhan yang sama, sama ada di dunia dan itulah juga Tuhan di Akhirat maka peraturanNya adalah sama tidak ada yang bertentangan atau berlawanan…
MAKA BERUNTUNGLAH BAGI MEREKA YANG DIBERI TAUFIK OLEH ALLAH UNTUK MEMAHAMI HAKIKAT INI SAMA ADA UNTUK HIDUPNYA DI DUNIA DAN JUGA UNTUK HIDUPNYA DI AKHIRAT..
“RABBANA ATINA FI DDUNYA HASANAH WA FIL AKHIRATI HASANAH WAQINA AZABANNAR”
“RABBANA ATINA FI DDUNYA HASANAH WA FIL AKHIRATI HASANAH WAQINA AZABANNAR”
0 comments:
Post a Comment